suria

Katy Perry, bekas PM Kanada akhirnya kongsi foto mesra di IG

Katy (kiri) tidak lagi merahsiakan hubungannya dengan bekas PM Kanada.

PENYANYI Katy Perry dan bekas Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau akhirnya menamatkan spekulasi mengenai hubungan rapat mereka apabila memuat naik foto bersama di Instagram.

Dalam hantaran yang dikongsikan pada Sabtu lalu, Katy memaparkan beberapa foto dan video ketika mereka berada di Jepun.

Pasangan itu dilihat bergambar mesra dengan pipi saling bersentuhan sambil tersenyum.

Katy semakin terbuka berkongsi hubungan cintanya di media sosial.

Perkongsian itu turut memaparkan momen mereka menikmati hidangan bersama serta mengunjungi sebuah pameran seni. 

“Tokyo times on tour and more,” tulis Katy dalam kapsyen hantaran tersebut. 

Difahamkan, kunjungan Katy ke Jepun merupakan sebahagian daripada rangkaian Lifetimes Tour. 

ARTIKEL BERKAITAN: Katy Perry dah jumpa pengganti, dakwa jalin hubungan dengan bekas PM Kanada

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri didakwa 'galau' lihat Justin Trudeau makin mesra dengan Katy Perry

Dalam lawatan itu juga, Katy menemani Trudeau bertemu dengan bekas Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida dan isteri, Yuko pada Rabu lalu. 

Pada Ogos lalu, Katy didakwa sedang menjalin hubungan mesra dengan bekas Perdana Menteri (PM) Kanada, Justin Trudeau. 

Menurut laporan TMZ, pasangan itu dilihat makan malam bersama di sebuah restoran mewah Le Violon di kawasan Plateau, Montreal, Kanada. 

Baru-baru ini, tular foto mesra antara Katy dan Justin yang dilihat bersama di atas sebuah kapal layar mewah bernama Caravelle, berhampiran pesisir Santa Barbara, California.

Momen tersebut berjaya dirakam lensa paparazi yang memperlihatkan Justin memeluk dan mencium Katy yang ketika itu mengenakan pakaian renang rona hitam, manakala Justin tampil santai tanpa berbaju.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain