PELAWAK Indonesia, Sule tampil membidas tindakan seorang YouTuber yang didakwa menghina penyokong bola sepak Viking dan suku etnik Sunda.Sule,49, meluahkan rasa kesal terhadap ucapan keterlaluan individu itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya. “Saya pun tak tahu siapa dia tapi menurut saya, mungkin dia tengah mabuk dan suka buat hal,” sindir Sule.Sule kecam tindakan individu didakwa hina kaum Sunda.Difahamkan, YouTuber itu membuat kenyataan berbaur hinaan menerusi sebuah video apabila menggelarkan etnik Sunda sebagai golongan haiwan.Lebih pedih, pelawak terkenal itu turut membandingkan sikap YouTuber tersebut dengan anjing sebagai teguran terhadap perbuatannya itu.“Anjing air liurnya adalah najis, tapi anjing masih setia dan ada etika tapi mulut awak lebih najis daripada anjing,” tegasnya.ARTIKEL BERKAITAN: Sule pernah terima RM303,000 sebulan dari YouTube, paling ‘cikai’ pun RM101,000ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang anak ikut wajah Sule, bekas isteri berkali-kali tanya doktor ketika buat imbasanVideo berkenaan kemudiannya menjadi tular selepas ramai pengguna media sosial berkongsi klip tersebut sehingga mencetuskan kemarahan netizen, khususnya penyokong Viking serta masyarakat Sunda.Dalam masa sama, Sule menasihatkan YouTuber itu supaya berhati-hati dengan sebarang kenyataan yang boleh menyinggung maruah kaum lain.“Semoga selamat dunia akhirat. Hati-hati,” luahnya lagi.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube