ISU membabitkan pelakon Korea Selatan, Lee Yi Kyung kembali hangat apabila individu yang mendakwa dirinya sebagai mangsa dikenali sebagai A memuat naik kemas kini terbaharu di platform media sosial miliknya.
Dalam hantaran tersebut, A berkongsi rakaman skrin telefon sebagai bukti mesej peribadi (DM) yang diterimanya daripada akaun didakwa milik Yi Kyung dan bukan dihasilkan oleh teknologi Artificial Intelligence (AI) seperti yang diperkatakan sesetengah pihak.
“Angkat tangan kalau masih fikir ini kerja AI. Untuk kali terakhir… kalau yang ini benar, maknanya keseluruhan mesej KakaoTalk sebelum ini pun betul, kan? Memang memalukan, tetapi saya tiada pilihan,” tulisnya.

Yi Kyung didakwa menghantar mesej lucah terhadap A.
Menurut A, perbualan mereka berpindah ke aplikasi KakaoTalk selepas individu yang didakwa sebagai Yi Kyung bertanya, “Awak ada KakaoTalk?” selepas komunikasi dimulakan.
Sementara itu, pada 6 Disember lalu, Yi Kyung tampil membuat kenyataan dengan memberitahu pihaknya ada menerima e-mel daripada individu yang didakwa terlibat.
Bagaimanapun, Yi Kyung bertegas akan memastikan perkara itu dibawa kepada pihak berkuasa untuk disiasat sepenuhnya.
“Individu yang disyaki itu baru-baru ini menghantar e-mel kepada agensi saya, meminta maaf dan merayu kelonggaran. Saya akan pastikan perkara ini disiasat sampai habis,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Lee Yi Kyung dituduh hantar foto kemaluan, siap mesej peribadi tanya saiz bra
ARTIKEL BERKAITAN: Populariti drama punca Lee Yi Kyung & Jun In Sun berpisah
Susulan kemas kini terbaharu yang dimuat naik A, agensi Yi Kyung menegaskan pendirian mereka tidak berubah.
“Semua tuduhan ini adalah rekaan. Kami akan menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk siasatan menyeluruh,” kata wakil agensi berkenaan.
Sebelum ini, A mendakwa Yi Kyung menghantar mesej berbaur lucah dan cuba menggoda dirinya sebelum mendedahkan beberapa siri perbualan sebagai bukti.
Namun, pihak Yi Kyung menolak semua dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai fitnah yang berniat menjatuhkan imej pelakon itu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


