suria

Pelakon lelaki tak suka luangkan masa bersama anak, berkahwin bukan perancangan hidup

Yuwu akui tak suka kanak-kanak.

PELAKON Qi Yuwu secara terbuka mengakui dia tidak selesa menghabiskan masa bersama dua orang anaknya.

Qi Yuwu, 49, berkata dia mudah rasa terganggu selain sifat peribadi sendiri yang memang tidak suka melayan kanak-kanak.

“Saya tidak rasa ibu bapa perlu bersama anak-anak sepanjang hari. Saya akan rasa terganggu. Kanak-kanak boleh jadi menjengkelkan,” katanya.

Yuwu dilihat kurang berkongsi mengenai anak-anaknya.

Dia juga berpendapat, anak-anak sepatutnya mempunyai ruang peribadi sendiri selain membiarkan mereka sibuk dengan pelbagai aktiviti.

Lebih mengejutkan, dia turut mendedahkan bahawa berumah tangga dan memiliki anak bukanlah sesuatu yang pernah dirancang dalam hidupnya.

“Biarkan mereka bermain sendiri. Mereka perlukan ruang, sama seperti saya juga perlukan ruang,. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tinggalkan kerjaya seni, pelakon pilih jadi pemandu bas demi kelangsungan hidup

ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman skrin didakwa jadi bukti terima mesej ‘kotor’, Lee Yi Kyung bertegas semua tuduhan hanya rekaan

“Sejujurnya, saya tidak pernah terfikir akan mempunyai anak. Saya juga tak sangka akan berkahwin. Saya fikir akan hidup bersendirian,” luahnya.

Untuk rekod, Qi Yuwu mempunyai dua orang cahaya mata berusia 10 dan 9 tahun hasil perkahwnannya bersama aktres Joanne Peh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain