PELAKON Davina Karamoy akhirnya tampil bersuara susulan dakwaan mengaitkannya dia sebagai orag ketiga dalam rumah tangga bekas Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Dito Ariotedjo.
Enggan terus berdiam diri, Davina memberikan respons tegas dan memaklumkan bahawa dia bersedia mengambil tindakan sewajarnya bagi menepis segala tuduhan terhadap dirinya.
"Apabila isu ini semakin melampaui batas, nampaknya ia perlu dibawa ke saluran undang-undang," ujarnya menerusi komen di media sosial.

Davina menepis dakwaan dirinya seorang penyondol.
Sebelum ini, Davina sering dipuji kerana kejayaannya membawakan watak penyondol dalam filem Ipar Adalah Maut.
Namun, susulan kontroversi yang tercetus, akaun Instagram milik aktres itu mula diserang netizen yang melontarkan pelbagai kecaman.
"Terlalu menghayati watak Rani (lakonan dalam Ipar Adalah Maut) sampai terbawa ke dunia realiti.
ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki Davina Karamoy semakin bertambah selepas bawa watak ‘pelakor’
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen kesal Davina Karamoy tak serik berlakon aksi ranjang
"Sayangnya populariti Davina makin laris tetapi adakah bakal ada cancel culture (boikot) lagi," tulis netizen.
Untuk info, dakwaan aktres berkenaan menjadi penyondol mula timbul selepas tular rakaman menunjukkan Davina dan Dito berada di lokasi sama.
Susulan itu, muncul pula dakwaan kononnya Davina menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Dito bersama isterinya, Niena Kirana Riskyana Fuad.
Malah isteri Dito dikhabarkan sudah memfailkan cerai ke Mahkamah Agama Jakarta Selatan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


