PENGARAH Hollywood, Rob Reiner dan isterinya Michele Singer ditemui tidak bernyawa di kediaman mereka di Brentwood, Los Angeles, Amerika Syarikat pada Ahad lalu.
Menurut laporan TMZ, pasukan bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira 3.30 petang sebelum menemui mayat pasangan berkenaan.
Berdasarkan siasatan yang dilakukan, terdapat luka kecederaan dipercayai akibat senjata tajam dipercayai daripada tikaman.

Rob dan isteri ditemui tidak bernyawa di rumah.
Susulan itu, Polis Los Angeles Police Department (LAPD) mengklasifikasi kes tersebut sebagai kes bunuh dan siasatan lanjut giat dilakukan.
Bagaimanapun sehingga kini tiada suspek yang diumumkan terlibat oleh pihak berkuasa namun tidak menolak anak lelaki pasangan itu terkait dengan kes berkenaan.
Sekadar info, Rob terkenal dengan beberapa filem arahannya seperti This Is Spinal Tap, Stand By Me, The Princess Bride dan When Harry Met Sally.
ARTIKEL BERKAITAN: Cardi B berhijab di Arab Saudi, pakaian sopan curi tumpuan
ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon lelaki tak suka luangkan masa bersama anak, berkahwin bukan perancangan hidup
Malah mendiang juga dikenali sebagai pelakon dalam sitkom klasik All in the Family.
Sementara, mendiang isterinya pula dikenali sebagai seorang jurugambar dan aktivis yang banyak menyokong kerja-kerja sosial bersama suaminya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


