suria
mStar - Urban.Versatil

Brooklyn Beckham dilihat merokok buat kali pertama... Katanya stres sebab konflik keluarga

Brooklyn didakwa hisap rokok gara-gara masalah keluarga.

ANAK sulung kepada legenda bola sepak David Beckham dan penyanyi Victoria Beckham iaitu Brooklyn mencuri perhatian apabila dilihat merokok di luar restoran mewah di Beverly Hills, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Ketika itu Brooklyn, 26, dilaporkan sedang menikmati makan malam bersama isterinya Nicola Peltz serta dua rakan lelaki mereka di sebuah restoran Jepun terkenal, Matsuhisa.

Kejadian itu berlaku di sebuah restoran mewah di Beverly Hills. 

Difahamkan ini kali pertama Brooklyn dirakam merokok secara terbuka sekali gus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat.

Tindakan itu mencetuskan spekulasi bahawa Brooklyn sedang berdepan tekanan susulan kemelut hubungan dengan ibu bapanya yang dilaporkan masih belum berakhir.

ARTIKEL BERKAITAN: David, Victoria Beckham pentingkan ‘jenama’ keluarga, anak jadi mangsa manipulasi

ARTIKEL BERKAITAN: Konflik keluarga David Beckham semakin memuncak... Brooklyn bertegas, arah ibu bapa guna peguam untuk berhubung

Sebelum ini, Brooklyn mengejutkan ramai apabila memuat naik kenyataan panjang di Instagram menyentuh mengenai konflik keluarga termasuk dakwaan terhadap Victoria yang mengganggu majlis perkahwinannya pada 2022.

Malah Brooklyn dikatakan telah menyekat akaun media sosial ahli keluarga termasuk adik-beradiknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain