SUAMI kepada pelawak Indonesia Allahyarham Mpok Alpa iaitu Ajie Darmaji tidak dapat menahan kesedihan ketika menziarahi kubur isterinya menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba. Ini kerana, buat kali pertama Ajie dan anak-anak tidak dapat menyambut bulan suci itu bersama arwah yang meninggal dunia pada Ogos 2025. Kata Ajie, kebiasaannya setiap kali menjelang Ramadan dia dan arwah Mpok Alpa atau nama sebenarnya Nina Carolina sering menziarahi kubur ibu bapa mereka. Ajie tak dapat lakukan rutin ziarah kubur ibu bapa bersama arwah lagi.Namun, tahun ini suasananya berbeza apabila giliran Ajie menabur bunga di pusara arwah isterinya itu. "Tahun lepas, kami masih menziarahi kubur ibu bapa bersama-sama. Sekarang giliran saya dan anak-anak pula menziarahi kubur arwah. "Sepanjang hidupnya, arwah memang suka menziarahi kubur menjelang Ramadan," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun simpan rahsia, pelawak wanita meninggal dunia akibat kanserARTIKEL BERKAITAN: Kekasih Marshanda terjatuh dari apartment, rancang nikah sebelum meninggal duniaMenurutnya, momen ziarah kubur yang dilakukan bersama arwah isteri sebelum ini bukan sekadar satu tradisi, tetapi salah satu cara mereka mengajar anak-anak menghargai dan mendoakan insan yang telah pergi.Dalam masa sama, Ajie mengaku berasa khuatir untuk menjalani hari pertama Ramadan tanpa kehadiran arwah Mpok Alpa.Untuk rekod, Allahyarham Mpok Alpa meninggal dunia pada usia 38 tahun akibat kanser payudara tahap empat yang dihidapi selama tiga tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube