PENYANYI Marshanda pernah kehilangan kekasih hati yang meninggal dunia akibat terjatuh dari sebuah apartment.
Marshanda atau Andriani Marshanda, 36, juga memberitahu kejadian itu memberi kesan yang cukup mendalam buat dirinya sehingga mengambil keputusan untuk kurang aktif dalam dunia seni sekitar dua tahun lalu.
Menurut penyanyi ini dia tidak pernah bercerita kepada umum tentang hubungan tersebut kerana teman lelakinya itu lebih mementingkan privasi.

Kehilangan kekasih membuatkan Marshanda ambil keputusan rehat dari dunia seni.
"Selama dua tahun ini perasaan saya seperti tidak bernilai. Mungkin ini sebahagian daripada proses berduka.
"Saya pernah menjalinkan hubungan serius pada tahun 2022 namun tidak maklumkan kepada umum kerana dia seorang lelaki yang menjaga privasi. Dia tidak suka perhatian.
"Saya tak tahu dia jatuh dari tingkat berapa," katanya.
Namun Marshanda berkata, lelaki berusia 37 tahun itu disahkan meninggal dunia pada awal 2023 selepas enam bulan menjalin cinta.
ARTIKEL BERKAITAN: Puasa 21 jam dan amal IF, Marshanda berjaya turun berat badan 20 kilogram
ARTIKEL BERKAITAN: Keinginan bersuami masih tinggi, Marshanda cari calon boleh jadi imam
Tambah Marshanda, kekasihnya itu sanggup berpindah ke Jakarta dan mereka sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga.
Malah lelaki berkenaan juga sedia memeluk Islam sebelum mereka bernikah.
"Dia sudah beritahu ibu saya bahawa kami akan bernikah," ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


