HASRAT seorang peminat tegar untuk menonton konsert artis kegemarannya tidak kesampaian apabila dia dilaporkan mati ditembak.
Mangsa, Kevin Mares, 25, dilaporkan maut di La Perla, Puerto Rico beberapa hari sebelum jelajah konsert Bad Bunny berlangsung di negara tersebut.
Lebih menyedihkan, Kevin sanggup terbang daripada Amerika Syarikat semata-mata untuk menonton konsert penyanyi reggaeton itu yang dijadualkan bermula pada 15 Ogos ini.

Kevin amat menggemari Bad Bunny daripada awal kemunculannya.
Menurut ibu Kevin iaitu Sandra, kali terakhir anaknya itu berhubung dengannya beberapa jam sebelum tragedi dengan menghantar video semasa menghadiri parti kolam renang bersama teman wanita dan rakan-rakan.
Siasatan awal mendapati Kevin dipercayai menjadi mangsa tersalah sasaran apabila dua individu bertengkar di sebuah lokasi kelab malam sebelum salah seorang melepaskan tembakan.
Laporan media memaklumkan mangsa terkena tembakan di bahagian perut dan polis kini giat memburu suspek.
ARTIKEL BERKAITAN: Kendall Jenner main cinta dengan Bad Bunny, bercium dalam kelab malam
ARTIKEL BERKAITAN: Nampak perut makin boroi, peminat pertikai penampilan Taemin SHINee
Namun, Bad Bunny didakwa hanya mendiamkan diri tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan, sekali gus mencetuskan rasa kecewa dalam kalangan netizen yang menganggap penyanyi itu tidak mengambil peduli terhadap peminatnya.
"Kenapa dia diam sahaja... Patutnya bersuaralah sikit sebab peminat itu sanggup datang untuknya.
"Kesian peminat itu tak sempat nak tengok konsert Bad Bunny. Dia sampai sekarang pun diam sahaja.
"Macam tidak ada rasa empati langsung," kata mereka.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


