suria

Emma Stone sanggup botak kepala demi watak

Emma Watson botak demi watak dan nak rasai pengalaman pesakit kanser.

PELAKON Emma Stone sanggup mencukur rambutnya demi menjayakan watak dalam filem terbaharu lakonannya berjudul Bugonia.

Emma, 33, berkata keputusan itu dibuat kerana ingin merasai pengalaman yang pernah dilalui ibunya, Krista yang kehilangan rambut ketika berjuang melawan kanser payudara.

“Ibu melakukan sesuatu yang benar-benar berani, jadi saya cuma mencukur kepala,” kata Emma.

Emma Stone sanggup botak rambut demi watak

Dalam Bugonia, Emma memegang watak sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat farmasi yang mencukur rambutnya sebagai bukti dirinya adalah makhluk asing.

Selepas melakonkan babak tersebut, bintang filem Poor Things itu dilihat mengenakan rambut palsu ketika menghadiri malam gala New York Film Festival.

Keputusan Emma pada awalnya mendapat bantahan daripada selebriti Jennifer Lawrence.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon dedah Donald Trump pernah ajak keluar bermalam pada hari diceraikan bekas suami

ARTIKEL BERKAITAN: Jackie Chan takut mati di set penggambaran---

“Saya tak mahu dia mencukur kepalanya. Saya masih trauma dengan potongan rambut Billie Jean King,” katanya.

Selain Emma, pelakon lain yang pernah melakukan perkara sama termasuk Natalie Portman, Charlize Theron, dan Demi Moore.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain