suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jackie Chan takut mati di set penggambaran

BINTANG legenda Hong KongJackie Chan mengakui takut sebelum melakonkan babak mencabar kerana bimbang menemui ajal di set penggambaran. 

Jackie yang memulakan kerjaya sebagai pelakon lagak ngeri memberitahu, dia sentiasa memikirkan soal kematian kerana bimbang aksi berbahaya yang dilakukan tidak menjadi.

"Saya bukan Superman. Saya takut. Sebelum aksi lagak ngeri, saya akan fikir ‘adakah saya akan mati kali ini?’," katanya. 

Jackie Chan masih mampu melakukan babak seni mempertahankan diri walaupun sudah berusia 71 tahun. 

Menurut Jackie, meskipun sudah mencecah usia 71 tahun namun dia masih mampu melakukan babak seni mempertahankan diri kerana mahu memastikan setiap filem yang dihasilkan berada pada tahap terbaik.

"Penonton tidak tahu tentang cabaran yang perlu dihadapi atau bajet yang dipotong. Mereka hanya mahu menonton filem yang bagus.

“Saya sentiasa ingat perkara itu, jadi saya cuba jadikan setiap babak sempurna. Saya rasa filem lama lebih baik berbanding apa yang ada sekarang.

ARTIKEL BERKAITAN: Masih berbisa di usia 70 tahun, ‘A Legend’ karya berani mati Jackie Chan

ARTIKEL BERKAITAN: Pengsan di set penggambaran Panda Plan, Jackie Chan berkeras buat aksi lagak ngeri sendiri

“Syarikat produksi yang ada kini bukan lagi pembikin filem, mereka adalah ahli perniagaan. Sangat sukar untuk menghasilkan filem yang bagus pada masa ini,"katanya.

Dalam masa sama, Jackie Chan memberitahu dia pernah berdepan insiden ngeri ketika menjalani penggambaran filem Vanguard pada 2020 apabila terperangkap di dalam air semasa babak mengejar menggunakan jet ski.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain