suria

Kim Nam Gil ‘culik’ peminat lima jam, sampai ada tertidur lena

Nam Gil tak sangka boleh bermesra dengan peminat selama lima jam lamanya.

GARA-GARA terlalu seronok bertemu peminat, pelakon Kim Nam Gil  memberitahu dia tidak sedar lebih lima jam meluangkan masa bersama mereka.

Acara yang sepatutnya berlangsung selama 100 minit itu terpaksa dilanjutkan sehingga ada berseloroh Nam Gil telah ‘menculik’ peminat.

Berkongsi pengalaman itu Nam Gil berkata sesi berkenaan dipenuhi pelbagai aktiviti menarik termasuk permainan, nyanyian dan interaksi mesra.

Nam Gil hargai sokongan peminat.

Lebih mencuit hati, menurutnya ada peminat yang tertidur kerana acara berlangsung terlalu lama.

“Ada yang senyum bila pandang saya, tapi bila saya toleh semula… dah lena! 

“Peminat muda pun ramai sempat tidur,” katanya sambil ketawa.

Nam Gil berkongsi pengalaman manis itu ketika tampil menjadi tetamu dalam program Lee Eun Ji’s Gayo Plaza. 

ARTIKEL BERKAITAN: Semakin popular, Cha Eunwoo adakan fan meeting online tanpa ahli kumpulan Astro

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali ke Malaysia secara solo, ‘fan meeting’ Onew Shinee 27 Julai depan

Walaupun begitu, dia tidak merasa serik malah berhasrat kembali mengadakan sesi bertemu peminat di masa akan datang. 

“Kalau boleh saya nak mulakan lebih awal, lepas itu makan sama-sama dengan peminat. 

“Peluang berjumpa secara bersemuka bukan selalu, jadi saya nak manfaatkan masa sebaik mungkin,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia