suria

Peminat tak restu Acha Septriasa, Baim Wong bercinta

Peminat berharap Acha dan Baim tiada hubungan istimewa.

SELEPAS berita perceraian Acha Septriasa dengan suaminya, Vicky Kharisma terbongkar, tumpuan peminat kini terarah kepada hubungan rapat pelakon itu dengan aktor terkenal, Baim Wong.

Timbul dakwaan mengatakan Acha, 35, dan Baim mempunyai hubungan istimewa apabila mereka dilihat beberapa kali memuat naik foto bersama dengan anak masing-masing di media sosial.

Malah kemesraan yang dikongsikan menerusi gambar-gambar tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat.

Acha dan Baim didakwa mempunyai hubungan istimewa.

Bagaimanapun menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan pesanan agar hubungan mereka tidak melangkaui batas kerja sekiranya benar wujud gosip percintaan.

“Apakah Baim bercinta dengan Acha? Nampak mesra lain macam.

“Mudah-mudahan hanya projek lakonan sahaja, janganlah Acha bercinta dengan Baim.

“Jangan ada apa-apa hubungan dengan Baim ya Acha, kami peminat tak restu,” tulis netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Acha Septriasa sah cerai sejak Mei 

ARTIKEL BERKAITAN: Hajat Acha Septriasa berlakon filem keagamaan termakbul, pengarah ‘Qodrat 2’ telefon selepas selesai berdoa

Untuk rekod, Acha mendirikan rumah tangga dengan Vicky pada 11 Disember 2016, namun rumah tangga mereka berakhir apabila Acha memfailkan tuntutan pada 13 Disember 2024 dan sah bercerai pada 19 Mei lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Bridgia Kalina Kharisma yang kini berusia 8 tahun.

Walaupun sudah berpisah, Acha dan Vicky terus menjalinkan hubungan yang harmoni sebagai ibu bapa dan sepakat untuk mengutamakan kepentingan anak dalam setiap keputusan.

Acha dan Vicky sepakat jaga hubungan baik demi anak walaupun sudah berpisah.

“Co-parenting benar-benar membantu, asalkan kedua-dua pihak bersikap matang dan sedar menjadi ibu bapa yang baik kepada anak adalah satu perjalanan yang tidak pernah berakhir,” katanya.

Sementara itu, Baim pernah berkahwin dengan model Paula Verhoeven pada 22 November 2018, bagaimanapun rumah tangga mereka turut menemui titik noktah selepas bercerai pada 9 April lalu.

Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki, Kiano Tiger Wong, 6, serta Kenzo Eldrago Wong, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia