PENYANYI Afgan mengakui pernah melalui fasa kehidupan yang membuatkan dirinya jauh daripada Tuhan dan ajaran agama.Menurut Afgan atau Afgansyah Reza, 35, ketika berada di puncak populariti dia terlalu leka dengan kemewahan dan kesibukan duniawi sehingga mengabaikan urusan agama. “Pada usia penghujung 20-an, saya rasa kosong… hidup penuh persoalan dan saya tercari-cari arah tuju. Afgan mulai sedar setelah pulang mengerjakan ibadah Haji.“Walaupun saya masih menunaikan ibadah, hati saya terasa jauh. Seolah-olah saya hidup tapi tidak benar-benar ‘hadir’,” katanya menerusi sesi podcast bersama Daniel Mananta.Namun titik perubahan besar berlaku selepas pelantun lagu Terima Kasih Cinta itu selesai menunaikan ibadah haji pada Mei lalu. Menurut Afgan, hatinya mulai tersentuh dan semangat untuk berubah selepas mencecah usia 30 tahun.ARTIKEL BERKAITAN: Rasmi jadi ‘Pak Haji’, Afgan ke Makkah berbekal niat dan tekadARTIKEL BERKAITAN: Banyak projek dengan artis antarabangsa tapi Afgan tak terfikir untuk berhijrah, ada alasan mahu terus berkarya di Indonesia“Saya mula sedar, selama ini saya tidak benar-benar menghargai apa yang Tuhan cuba sampaikan, saya lalai…terlalu banyak gangguan dunia yang mengalihkan fokus saya,” ujarnya Kini, selepas penghijrahannya Afgan lebih tenang dan bersyukur kerana diberi peluang untuk kembali mendekatkan diri kepada Tuhan.