Tekanan tentang jodoh kadang kala lebih berat apabila ia datang daripada orang tersayang. -Gambar hiasan AI
SETIAP ibu bapa pastinya mengimpikan melihat anak-anak membina keluarga sendiri dan hidup bahagia bersama pasangan masing-masing sebelum mereka menutup mata. Namun soal jodoh bukan sesuatu yang boleh dipaksa kerana setiap individu mempunyai perjalanan hidup dan pilihan tersendiri. Begitulah luahan seorang wanita yang berasa sebak apabila mendengar ibunya menangis mengenangkan kakaknya masih belum berkahwin meskipun usia sudah menghampiri 40 tahun."Titik terendah anak bongsu. Dengar mak aku menangis sebab kakak aku tak kahwin lagi walaupun usia nak dekat 40.Setiap ibu bapa pasti menyimpan impian melihat anak mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan AI"Mak aku menangis dari 10 tahun lepas lagi," luahnya dalam satu hantaran di Threads.Menurut wanita itu lagi, kakaknya sebelum ini pernah menerima beberapa lamaran, namun semuanya ditolak atas sebab-sebab yang tidak diketahui ahli keluarga."Mak mungkin terkilan. Kakak reject lima kali orang datang meminang. Sebab apa kakak tak terima, tiada siapa yang tahu," katanya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita 'fed up' lepas balik dari Jepun, sana sini borak pasal kahwin macam dah tak ada topik lain... Jodoh lambat pun nak risauARTIKEL BERKAITAN: Anak dara lanjut usia tahan telinga buat kerja pasang pelamin! Diri jadi topik borak makcik bawangTambah wanita berkenaan, dia kini buntu memikirkan cara untuk menenangkan hati ibunya agar lebih reda menerima ketentuan dan pilihan hidup kakaknya itu."Korang boleh tak bagi ayat yang boleh buat mak aku comfort ataupun reda dengan pilihan kakak aku?" soalnya kepada warga maya.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang berpendapat setiap individu sudah ditetapkan takdir dan jalan hidup oleh Yang Maha Esa.Seorang wanita kongsi ibunya sering menangis mengenangkan nasib kakaknya belum bertemu jodoh.Ibu sering meluahkan perasaan kepadanya kerana terlalu sedih.Kakaknya pernah menolak lima kali pinangan orang, namun tiada siapa yang tahu alasannya.Dia buntu untuk memujuk ibu.Netizen beri kata-kata positif bahawa jodoh dan jalan hidup seseorang sudah ditentukan Yang Maha Esa.Ringkasan ini dijana oleh AIMalah mereka meminta agar si ibu tidak terus bersedih dan mendesak anak yang belum berkahwin hanya kerana bimbang dirinya tidak akan berteman hingga akhir hayat."Kesian dekat kakak tu, dia mungkin ada alasan kuat yang buat dia tak boleh nak kahwin... tapi dia tak boleh beritahu sesiapa. Kadang-kadang mak ni macam terlalu ikutkan emosi."Cakap dekat mak, tak apa kakak belum jumpa jodoh sekarang. Biar lambat daripada tersalah pilih teman hidup."Mak, tak kahwin bukan pengakhiran hidup. Janji kakak tu tak menyusahkan orang keliling... tenang saja mak," demikian antara komen netizen.