suria

Lelaki muak perangai kakak ipar, suka jadi pencetus pergaduhan keluarga... Guna ‘depression card’ elak dipersalahkan

Masyarakat masa kini semakin peka dengan masalah kemurungan dan anxiety. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki meluahkan rasa tertekan dan meluat dengan sikap kakak iparnya yang didakwa sering menimbulkan masalah dalam keluarga.

Ceritanya, wanita itu juga kerap menjadikan masalah kemurungan dan kebimbangan melampau yang dihidapinya sebagai alasan melepaskan diri daripada tanggungjawab.

Tidak hanya itu, kakak iparnya itu gemar mencetuskan pergaduhan dalam kalangan ahli keluarga sehingga hubungan mereka menjadi dingin.

"Kakak ipar aku selalu guna masalah anxiety dan kemurungan dia sebagai alasan untuk buat apa sahaja.

Segelintir penghidap kemurungan menjadikan masalah kesihatan mental sebagai alasan untuk tidak melakukan rutin harian. -Gambar hiasan AI

Segelintir penghidap kemurungan menjadikan masalah kesihatan mental sebagai alasan untuk tidak melakukan rutin harian. -Gambar hiasan AI

"Rasa macam semua perkara dijadikan alasan supaya dia tak buat apa-apa.

"Kadang-kadang dia sengaja buat provokasi sebab tahu tiada siapa yang akan lawan balik," luahya di Threads.

Sikap kakak iparnya juga semakin melampaui batas dan percaya wanita terbabit mengambil kesempatan atas 'masalah' kesihatan dialami.

Namun mereka sekeluarga memilih berdiam diri kerana penat berdepan dengan konflik.

  • Lelaki kecewa kakak ipar guna alasan kemurungan untuk elak tanggungjawab.
  • Dakwa wanita itu sengaja cetus pergaduhan dalam keluarga.
  • Dia pilih melawan selepas turut jadi sasaran.
  • Ahli keluarga lain hanya berdiam diri dan takut menegur.
  • Netizen berbelah bahagi mengenai isu kesihatan mental.

"Setiap kali dia salah, semua diam dan takut nak tegur sebab nanti keluar ‘depression card’.

"Sebelum ini saya pun diam sebab tak kena dekat saya, tapi saya dah tengok dia buli orang lain," luahnya.

Tambahnya, wanita itu akan berubah menjadi mangsa apabila ada individu yang berani melawan atau cuba mempertahankan diri.

Menurutnya, dia berkongsi kisah itu sebagai memberi kesedaran terhadap golongan ini bahawa tidak semua orang akan terus melayan atau bertolak ansur.

ARTIKEL BERKAITAN: Lupa rendam ayam beku sebab tertidur, rambut gadis ada masalah PTSD ditarik ibu - “Penatlah jaga orang bodoh!”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rimas kakak ipar kerja cikgu berat tulang, balik raya tapi enggan bergaul - “Dia bawa bekal makan dalam bilik”

"Famili boleh sabar, boleh backup tapi dunia sebenar tak semua orang akan layan dan enable perangai macam itu," katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, ramai bersetuju masalah kesihatan mental tidak sepatutnya dijadikan alasan menyakiti orang lain.

Namun ada juga berpendapat golongan ini memerlukan bantuan dan sokongan sewajarnya selain setiap situasi perlu dilihat secara menyeluruh.

"Dia ingat orang lain hidup santai-santai, tidak ada masalah. Sedangkan dalam kepala macam-macam fikir tapi tahan agar tidak tertekan atau menjadi murung," antara reaksi netizen.

Artikel Lain