suria

Ibu terkilan cikgu ‘select’ tayang hadiah di IG, Ferrero Rocher 3 biji pemberian anak langsung tak pandang!

Sama ada kecil atau besar, setiap hadiah Hari Guru membawa erti yang mendalam buat seorang pendidik. -Gambar hiasan AI

KEBANYAKAN ibu bapa tidak ketinggalan menyediakan hadiah istimewa bersempena Hari Guru sebagai tanda penghargaan terhadap jasa pendidik membimbing anak-anak mereka di sekolah.

Tidak kira besar atau kecil sesuatu hadiah, niat utama tetap sama iaitu menghargai pengorbanan guru dalam membentuk masa depan pelajar.

Bagaimanapun seorang ibu meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa seorang guru anaknya dilihat memilih dalam menghargai hadiah diterima.

Menerusi satu hantaran di Threads, wanita berkenaan mendakwa guru terbabit hanya memuat naik gambar di media sosial terhadap hadiah tertentu yang dianggap lebih mahal atau menarik.

Sambutan Hari Guru sering menjadi momen penuh makna antara murid dan pendidik. -Gambar hiasan AI

"Sudahlah menekan-nekan anak orang suruh bagi hadiah, anak aku bagi coklat Ferrero Rocher tiga biji. Tak ada pun appreciation post.

"Mana yang bagi kain baju, jam, belon helium bertuah betul siap post dekat Story," luahnya.

Menurut wanita itu lagi, dia berpendapat guru berkenaan sepatutnya menghargai semua pemberian tanpa membezakan nilai hadiah diterima.

"Apa lah salah kamu ambil gambar semua hadiah kamu dapat, lepas tu buat sekali appreciation post. Nampak betul select!

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah kecewa baca mesej syarat Hari Guru! Tolak hadiah kecil, cuma terima pemberian bermanfaat

ARTIKEL BERKAITAN: Hadiah Hari Guru tak sampai-sampai... Rider silap rumah, barang lesap! Mula-mula marah, kata 'maaf' buat wanita sejuk hati

"Kasih sayang sama rata konon," katanya lagi.

Tambah ibu tersebut, pada awalnya dia tidak bercadang membeli hadiah kerana ingin berjimat cermat memandangkan akan bercuti tidak lama lagi, selain keadaan dirinya yang tidak bekerja.

Namun dia tetap menunaikan permintaan anaknya selepas kanak-kanak berkenaan beria mahu menghargai gurunya.

"Aku kalau ikutkan hati tak nak beli apa-apa tapi dah anak aku menekan-nekan, aku belikan sajalah.

  • Seorang wanita mendakwa cikgu anaknya dilihat bersikap pilih kasih terhadap hadiah yang diterima sempena Hari Guru.
  • Guru tersebut hanya membuat perkongsian di media sosial terhadap hadiah tertentu.
  • Hadiah anaknya berupa coklat tidak dikongsikan di media sosial guru tersebut.
  • Dia berpendapat guru sepatutnya menghargai semua hadiah tanpa perlu bersikap 'select'.
  • Netizen ada yeng bersetuju, namun ada berpendapat perkongsian dibuat guru mungkin secara 'random'.

"Dia cakap, cikgu kata bagi lah bunga atau cawan.

"Kita dah lah dalam mood jimat duit sebab nanti nak bercuti dua minggu. Dengan tak kerja lagi, tapi cuba jugalah tunaikan hajat anak. Hujung-hujung, select!" luahnya lagi.

Di ruangan komen, warga maya tampil dengan reaksi bercampur, dengan ada yang turut berkongsi pengalaman hampir serupa.

Dalam pada itu, ada berpendapat perkongsian penghargaan di media sosial mungkin dibuat secara spontan dan tidak semestinya bermaksud guru tersebut sengaja memilih kasih terhadap murid tertentu.

Artikel Lain