suria

Pemuda persoal rasional tiada sambutan Hari Guru di sekolah, lagi kecewa ada cikgu pun ikut ‘bersorak’ - “Sehari je nak gembira”

Segelintir individu tidak berpuas hati apabila mengetahui sambutan Hari Guru dibatalkan. -Gambar hiasan AI

SAMBUTAN Hari Guru sepatutnya menjadi momen gembira buat warga pendidik apatah lagi mereka diraikan setahun sekali.

Namun malangnya, terdapat segelintir golongan guru tidak gemar meraikan hari tersebut sehingga terdapat arahan mengatakan tiada sambutan berkaitan di peringkat sekolah pada tahun ini.

Seorang pelayar Threads meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan itu yang melihat tiada masalah jika diadakan majlis meraikan warga pendidik. 

Kebanyakan cikgu akan menerima hadiah pada sambutan Hari Guru yang diadakan. -Gambar hiasan

Kebanyakan cikgu akan menerima hadiah pada sambutan Hari Guru yang diadakan. -Gambar hiasan

"Aku sumpah guru-guru yang complaint fasal sambutan Hari Guru dekat sosial media sampai keluar arahan tiada sambutan di peringkat sekolah.

"Sehari je nak gembira, itu pun kau nak merungut?," ujarnya.

Tidak terhenti di situ, pemuda ini turut mempersoalkan kredibiliti guru-guru berkenaan yang dianggap tidak mempunyai semangat setia kawan selain mementingkan diri.

  • Lelaki geram ada guru merungut sambutan Hari Guru di media sosial.
  • Dakwa aduan itu menyebabkan tiada sambutan dibuat di sekolah.
  • Katanya, Hari Guru hanya diraikan setahun sekali.
  • Dia turut sindir guru yang guna alasan introvert dan anxiety untuk elak aktiviti.
  • Hantaran itu undang pelbagai reaksi netizen.

Malah, dia turut menyindir sikap segelintir pendidik yang menggunakan alasan 'introvert' atau masalah kegelisahan (anxiety) untuk mengelak daripada terlibat dengan aktiviti sosial sekolah.

"Macamlah kau mengajar cemerlang sangat. Paling tugas hakiki, paling profesionalisme. 

"Padahal jenis terperuk dekat bilik guru tak bergaul dengan cikgu yang lain, paling introvert dan paling anxiety... kenapa kau jadi cikgu," luahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Hadiah Hari Guru tak sampai-sampai... Rider silap rumah, barang lesap! Mula-mula marah, kata 'maaf' buat wanita sejuk hati

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah kecewa baca mesej syarat Hari Guru! Tolak hadiah kecil, cuma terima pemberian bermanfaat

Hantaran tersebut ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang memahami kekecewaannya.

"Malas nak komen cikgu-cikgu terpaling buat kerja ni, setahun sekali je. Nak join boleh kalau tak mahu, ambil cuti.

"Akhirnya, ada juga cikgu sependapat dengan saya. Saya tak kisah kalau netizen atau ibu bapa pertikai tapi kalau cikgu sendiri yang merungut, hmm," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain