MENDIDIK anak-anak sememangnya bukan tugas mudah, lebih-lebih lagi dalam era media sosial dan pengaruh gaya hidup moden yang semakin mencabar.Walaupun sudah dibekalkan dengan didikan agama sejak kecil, perubahan sikap yang drastik apabila meningkat remaja tetap mampu meragut ketenangan jiwa ibu bapa. Seorang ibu mengakui dia dan suami kini berdepan kebimbangan terhadap perubahan sikap anak sulung mereka yang kini berada di Tingkatan Lima.Meluangkan masa dengan makan bersama-sama merupakan antara cara untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. -Gambar hiasan AI"Anak saya sekarang Tingkatan Lima. Baru sekarang kami sebagai ibu bapa sedar dia ada masalah sahsiah."Dia anak sulung yang sebelum ni jarang ada masalah. Seorang anak yang rajin, solat dan mengaji."Tapi apabila masuk Tingkatan Lima ni banyak sangat masalah," tulisnya menerusi satu hantaran di Threads.ARTIKEL BERKAITAN: Anak degil, lebih dengar cakap ipar sebab dimanjakan... Wanita sedih peranan seorang ibu ‘hilang’ di rumah sendiriARTIKEL BERKAITAN: Buang atau keluar rumah! Anak ‘degil’ terharu ibu bapa akhirnya cair dengan kucing ‘Pati’ - “Bawa je balik...”Menurut wanita itu, anaknya semakin sukar mendengar nasihat selain terlalu obses dengan hiburan dan gaya hidup semasa.Segala-galanya diketahui selepas dia dan suami memeriksa telefon bimbit remaja berkenaan. "Apa yang jadi masalah ni makin lama, common sense, empati hilang. Semakin materialistik, hati kering dan susah nak dengar cakap."Baru-baru ni keputusan mid term exam agak teruk dan kami tanya apa punca. Dia salahkan kami 100 peratus sebab mula periksa telefon, tak bagi install media sosial dan tidak penuhi kemahuan dia nak laptop Apple," katanya.Menurutnya, demi memenuhi permintaan anak, dia sanggup mengeluarkan wang simpanan untuk membeli komputer riba yang diinginkan meskipun keadaan kewangan keluarga bukanlah terlalu mewah.Seorang ibu luah kebimbangan dengan perubahan sikap anak remajanya.Anaknya yang kini Tingkatan Lima sangat berbeza daripada dahulu, dulu rajin dan solat namun berubah enggan dengar nasihat.Remaja itu juga obses dengan hiburan dan trend semasa gara-gara terpengaruh media sosial.Keputusan peperiksaan juga teruk, dan remaja itu menyalahkan ibu bapa sebagai punca.Netizen titip kata semangat supaya ibu bersabar didik anak remaja.Ringkasan ini dijana oleh AI"Tapi ucapan terima kasih sikit pun tiada. Kami ni cuma M40 yang sipi-sipi nak B40. Saya sedih sangat."Apa yang perlu kami buat? Risau sangat apabila tahu hati dia kering, tak ada empati, mudah terpengaruh dengan trend, pakai barang branded."Saya risau sangat dia hanyut dengan trend sekarang dan tiada nilai jati diri," luahnya lagi.Luahan wanita tersebut ternyata mengundang sebak warga maya yang seakan-akan dapat memahami situasi dilaluinya.Rata-ratanya tampil memberikan kata semangat dan saranan agar wanita berkenaan terus bersabar selain tidak putus asa dalam membimbing anak remaja yang sedang melalui fasa perubahan emosi dan pemikiran.