KEWUJUDAN teknologi kecerdasan buatan (AI) seharusnya dimanfaatkan untuk tujuan yang baik.Namun, ada pula segelintir individu yang menggunakan AI untuk menyunting gambar tertentu sehingga menimbulkan fitnah serta mengelirukan orang ramai. Hal ini menimbulkan persoalan tentang hukum penggunaan AI, khususnya bagi mereka yang beragama Islam.Menurut Jabatan Mufti Negeri Selangor, secara asasnya hukum menggunakan teknologi AI mahupun penjana imej AI untuk menyunting gambar adalah harus. Hal ini bertepatan dengan kaedah berikut:Maksudnya: Asal kepada sesuatu perkara adalah harus sehinggalah dibuktikan dengan dalil yang menunjukkan ia haram.Kaedah ini menjelaskan bahawa mana-mana perkara yang tidak dinyatakan dengan jelas sebagai haram oleh syarak, maka ia berkekalan harus sehinggalah ada dalil yang menunjukkan ia haram.Ramai peniaga turut menggunakan AI untuk menghasilkan poster. -Gambar hiasan AIDisebabkan AI adalah satu perkara baharu dan merupakan teknologi zaman kini, maka tiada satu dalil khusus yang qat’i daripada syarak yang menunjukkan ia haram digunakan.Oleh itu, menyunting gambar menggunakan penjana imej AI adalah diharuskan selama mana ia digunakan pada perkara yang harus dan baik.Penyalahgunaan AIWalaupun pada asasnya hukum menggunakan teknologi AI bagi menyunting gambar adalah harus, tetapi ia boleh menjadi haram sekiranya disalahgunakan. Sesiapa yang menyunting gambar untuk menipu atau memperdaya orang lain maka haram baginya melakukan sedemikian. Contohnya seperti menjadikan wajah kelihatan lebih muda dan cantik atau menjual sesuatu produk dengan meletakkan wajah mahupun video tokoh tertentu. Begitu juga seperti menambah gambar wanita ajnabi pada seseorang lelaki. Hal ini kerana perbuatan sebegini boleh membawa kepada fitnah. Hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Mas’ud RA, sabda Nabi SAW:Maksudnya: Sesungguhnya berdusta membawa kepada kejahatan. Dan sesungguhnya kejahatan itu membawa kepada neraka. [Riwayat al-Bukhari]Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, sabda Nabi SAW:Maksudnya: Dan sesiapa yang menipu maka dia bukan daripada kalangan kami. [Riwayat Muslim]Hadis-hadis ini menyatakan bahawa bahayanya perbuatan menipu. Ini secara tidak langsung menunjukkan perbuatan menyunting gambar yang mengandungi unsur penipuan dan tipu daya adalah dilarang.