suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juruteknik ditemukan maut berlumuran darah di pangsapuri, dipercayai mangsa bunuh

Menurut polis, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki tempatan maut dipercayai dibunuh dalam satu kejadian di sebuah pangsapuri dekat Johor Bahru, pada Rabu malam.

Mangsa berusia 33 tahun yang bekerja sebagai juruteknik ditemukan  tidak bernyawa di dalam kediaman terbabit sekitar pukul 10.50 malam dalam keadaan berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat memaklumkan bahawa polis menerima panggilan berkaitan kejadian itu kira-kira pukul 11.12 malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda bunuh, bakar kekasih hamil terlepas hukuman gantung... Hakim ambil kira faktor umur

Menurut beliau, siasatan awal di lokasi turut menjumpai sebilah pisau berhampiran mangsa yang dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden berkenaan.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif pembunuhan," katanya dalam kenyataan pada malam Khamis.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta dikenakan tidak kurang 12 sebatan," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Hotline IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323.

Artikel Lain