SEMPENA sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2026, peranan pendidik sebagai tunjang pembangunan generasi masa depan terus dihargai.Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, malah membentuk sahsiah dan masa depan pelajar, sekali gus menjadi inspirasi kepada masyarakat. Seiring dengan semangat menghargai jasa guru, jenama pakaian seragam sekolah tempatan, Falcon, tampil sebagai antara pilihan utama ibu bapa dalam memastikan anak-anak hadir ke sekolah dengan penampilan kemas, selesa dan yakin.Falcon, jenama buatan Malaysia yang dihasilkan di kilang sendiri, kini mempunyai lebih 150 pengedar di seluruh Semenanjung.Walaupun material kelas premium, Falcon mengekalkan harga berpatutan.Ia menawarkan rangkaian lengkap pakaian seragam sekolah menggunakan fabrik premium yang direka untuk keselesaan sepanjang hari.Material semula jadi yang digunakan bukan sahaja tahan lama, malah dilengkapi ciri rasa sentuhan yang selesa, cepat kering, sejuk serta mesra kulit, menjadikannya sesuai untuk pelajar yang aktif.Dalam kalangan ibu bapa masa kini, keutamaan diberikan kepada pakaian yang mudah dijaga dan kekal kemas walaupun dipakai dari pagi hingga petang — kelebihan yang ditawarkan oleh Falcon. Potongan modenFalcon turut mengetengahkan potongan moden seperti slim fit dan fitting cut, selari dengan citarasa ibu bapa generasi baharu yang mementingkan gaya selain keselesaan.Malah, jenama ini menawarkan pilihan saiz yang luas sehingga 54 inci pinggang bagi memenuhi keperluan pelajar dengan pelbagai bentuk badan.Falcon kini semakin mendapat tempat dalam kalangan ibu bapa seluruh negara.Walaupun menggunakan material berkualiti tinggi, Falcon kekal menawarkan harga berpatutan, selari dengan misinya untuk menyediakan pakaian seragam premium tanpa membebankan keluarga.Ucapan Hari GuruBersempena Hari Guru, Falcon merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga pendidik atas dedikasi dan pengorbanan dalam mendidik anak bangsa.Jenama itu turut berharap agar setiap pelajar dapat hadir ke sekolah dengan penuh keyakinan, sekali gus menghargai jasa guru yang tidak ternilai.Dengan tagline “Falcon! Ini Memang Baguiihh!”, jenama itu terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pilihan ibu bapa di seluruh negara.Orang ramai yang ingin mendapatkan koleksi lengkap Falcon boleh mengunjungi laman web rasmi mereka di falconschooluniform.com.my.