suria

Awie utamakan pendidikan anak, tak mahu Merrah jadi artis tidak berilmu

PENYANYI Awie meminta anak lelakinya iaitu Putra Ahmad Merrah memberi tumpuan penuh terhadap pelajaran terlebih dahulu sebelum serius membina nama dalam industri hiburan.

Kata Awie, 58, dia menyedari Merrah memiliki bakat besar dalam bidang seni sejak kecil, namun pendidikan tetap menjadi perkara utama.

“Sejak kecil lagi saya nampak Merrah memang ada bakat seni. Dia boleh bermain gitar, dram, menyanyi dan juga berlakon, jadi saya tahu itu memang minat dia.

“Saya tidak pernah menghalang anak-anak untuk masuk dunia seni, tetapi saya mahu dia utamakan pelajaran terlebih dahulu terutama di peringkat universiti.

“Saya nak tengok dia tamatkan pengajian dan ada sijil atau ijazah. Jangan jadi artis yang hanya mengejar populariti dan glamor semata-mata tanpa ilmu,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Awie berkata ilmu pendidikan penting sebagai bekalan masa depan selain membantu seseorang artis menjadi lebih matang dalam membuat keputusan.

Dalam perkembangan lain, kumpulan Wings bakal menjayakan Konsert 3 Veto bersama Search dan XPDC di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 1 Ogos depan.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi