suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sampaikan di kaunter pembayaran pun orang rakam... Siti Nurhaliza anggap peminat teruja, suka mengusik

BIDUANITA negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak melarang jika peminat merakam dan berkongsi mengenai dirinya ketika melakukan aktiviti di media sosial.

Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 47, bagaimanapun meminta supaya mereka menghormati privasi dengan tidak merakam atau berkongsi kawasan kediamannya atas tujuan keselamatan.

“Saya sudah reda sebab bila jadi artis memang akan sentiasa terdedah cuma kadang-kadang terkejut juga bila saya tengah berurusan pembayaran contohnya kemudian ada yang rakam dan ambil gambar.

“Rumah tu privasi jadi kalau nak rakam juga ada syaratnya dan tidak boleh kecuali kalau ada majlis, itu mungkin tiada masalah,” katanya kepada mStar.

Ditanya mengenai cahaya mata, Siti memberitahu dia belum berniat untuk menambah zuriat buat masa ini dan bersyukur dengan rezeki dua anak itu.

“Alhamdulilah saya bersyukur kepada Allah kerana ini adalah rezeki yang tidak ternilai dapat sepasang cahaya mata dan juga sihat comel serta bijak… sekarang ini hanya perlu saya lakukan untuk mendidik menjadi insan baik,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi