suria

Iqbal Zulkefli tak menyesal ‘buat’ hidung, imbau pengalaman enam jam ditidurkan semasa pembedahan

USAHAWAN Ahmad Iqbal Zulkefli mengakui banyak perubahan selepas dia menjalani dua prosedur pembedahan kosmetik iaitu rhinoplasty (pembedahan hidung) dan penanaman rambut di sebuah pusat perubatan di Shanghai, China pada Oktober tahun lalu.

Menurut Iqbal, 32, prosedur tersebut bukan sahaja memberi perubahan dari segi penampilan, malah turut membantu menyelesaikan masalah pernafasan yang dialaminya sejak sekian lama.

“Memang sangat berbeza, sekarang hidung saya macam ada terowong dan makin luas.

“Nasib baik Allah takdirkan saya buat begitu dan selesai masalah pernafasan saya,” katanya kepada mStar.

Berkongsi pengalaman menjalani rawatan itu, Iqbal berkata dia sudah lama membuat kajian sebelum mengambil keputusan melakukan kedua-dua prosedur berkenaan.

Malah, dia juga sanggup berhabis wang yang besar demi mendapatkan hasil yang memuaskan serta rawatan terbaik.

“Memang nak buat hidung dan rambut ini kos mahal, saya berhabis lebih RM100,000.

“Buat masa ini tiada rancangan nak ubah apa-apa lagi, cukuplah ini sahaja,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi