suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harissa Adlynn meronta-ronta tak nak lepaskan buku, ‘buka mata’ selepas ziarah rumah anak yatim

 AKTIF melakukan kerja kebajikan, pelakon Harissa Adlynn masih mengingati pengalaman ketika ibu dan arwah bapanya membawa koleksi buku miliknya untuk disumbangkan kepada sebuah rumah anak yatim.

Menurut Harissa atau nama sebenarnya Harissa Adlynn Abdul Halim, 23, pada awalnya dia sukar melepaskan buku-buku tersebut kerana terlalu sayang, namun perasaan itu berubah selepas melihat kegembiraan terpancar pada wajah penghuni rumah berkenaan.

“Saya memang seorang ulat buku dan di rumah memang ada banyak koleksi buku. Satu hari ibu dan arwah ayah bawa saya ke sebuah rumah anak yatim untuk sumbangkan buku-buku itu.

“Memang saya meronta-ronta ketika buku itu diserahkan sebab terlalu sayang, tetapi bila lihat keadaan mereka dan tengok mereka gembira, saya mula faham. Buku boleh buat mereka berimaginasi dan seolah-olah membawa mereka keluar sekejap daripada realiti hidup.

“Apa yang keluarga saya lakukan ketika itu benar-benar memberi inspirasi untuk saya terus aktif melakukan kerja amal sehingga sekarang,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi