suria

Zul Huzaimy syukur geng motosikal tidak lagi dipandang serong, usaha keras bersihkan nama ‘rempit’

PELAKON Zulhuzaimy Marzuki bersyukur apabila stigma negatif terhadap peminat motosikal semakin berkurangan selepas pelbagai usaha dilakukan bagi membimbing anak muda ke arah lebih positif.

Menurut Zul, 48, perubahan itu dapat dilihat apabila masyarakat kini lebih terbuka menerima komuniti pemotoran yang sebelum ini sering dikaitkan dengan gejala sosial dan lumba haram.

“Dulu bila orang sebut pasal budak motor atau rempit, semuanya terus fikir benda negatif sampaikan dalam parlimen pun YB Akmal Nasir pun ada bincangkan isu ini, Tapi alhamdulillah sekarang pandangan itu dah banyak berubah.

“Ramai dah nampak komuniti ini sebenarnya ada potensi besar kalau dibimbing dengan cara yang betul

“Kita kena guide mereka bila mereka rasa dihargai dan ada tempat untuk berkumpul secara sihat, mereka akan berubah sendiri, ada dulu hidup tak tentu arah, sekarang dah ada kerja tetap, buka bengkel sendiri dan fokus pada keluarga,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi