suria

Norlia Ghani dah macam Gen Z, sakan ikut trend TikTok... Bayaran reviu lebih berbaloi berbanding lakonan

SEMAKIN aktif mengikuti trend anak muda di TikTok, pelakon veteran Norlia Ghani mengakui bayaran melakukan reviu produk di platform itu sangat berbaloi, lebih-lebih lagi ketika tawaran lakonan kini semakin berkurangan.

Menurut Norlia atau Norlia Abdul Ghani, 78, dia juga mahu memastikan namanya terus kekal relevan dalam industri seni agar tidak dilupakan peminat.

“Memang berbaloi, pada saya senang sebab habis kerja terus dapat duit. Kalau drama kena tunggu lama, lagi-lagi yang banyak episod.

“Selalunya lepas buat reviu terus dapat bayaran dan amaunnya pun boleh tahan. Tak banyak kerenah dan tidaklah penat bekerja dari pagi sampai ke pagi.

“Lagipun TikTok ini boleh tarik penonton, jadi orang masih ingat kita... Ada lagi mama ya, belum 'padam' lagi,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Norlia berkata dia juga perlu bijak memilih kandungan yang sesuai dengan usia dan imejnya sebagai pelakon senior.

Meskipun sekadar mengikuti trend semasa, dia tidak mahu dilihat keterlaluan semata-mata untuk meraih perhatian di media sosial.

“Walaupun ikut trend, kena sedar umur sendiri. Saya buat sebab nak jaga nama sahaja,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi