suria

Berhenti guna alasan hiburan semata-mata... Ini hukum tonton filem, drama angkat watak LGBT

Filem dan drama berunsurkan LGBT biasanya ditonton menerusi platform dalam talian. -Gambar hiasan AI

FILEM dan drama televisyen, khususnya dari luar negara semakin banyak memaparkan watak serta jalan cerita melibatkan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Malah, orang ramai juga memiliki akses mudah untuk menonton karya-karya sedemikian kerana ia 'disajikan' menerusi platform penstriman dalam talian.

Lebih membimbangkan, karya sebegini turut menarik minat sebahagian penonton yang bukan daripada komuniti LGBT kerana jalan cerita, emosi dan kualiti produksi yang ditampilkan.

Persoalannya, adakah haram bagi seorang individu beragama Islam untuk menonton filem dan drama LGBT walaupun atas dasar hiburan semata-mata?

Penjelasan

Menurut Jabatan Mufti Negeri Selangor, hukum melihat aurat ajnabi sama ada bagi lelaki dan wanita, muslim atau kafir adalah haram dengan ijma’ para ulamak.

Hadis yang diriwayatkan daripada Buraidah RA bahawa Nabi SAW telah bersabda kepada Ali RA, maksudnya:

Wahai Ali jangan kamu ikuti pandangan pertamamu dengan pandangan kedua dan selanjutnya. Milik kamu adalah pandangan yang pertama, tapi tidak yang kedua. [Riwayat Abu Daud]

Oleh itu, melihat aurat lelaki dan wanita ajnabiah hukumnya adalah berdosa. 

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan jadikan asnaf untuk buat ‘content’, mereka pun ada rasa malu... ATM Beras contoh pendekatan dapat tutup aib golongan memerlukan

Maka, hendaklah dijauhi dan bertaubat untuk tidak mengulanginya.

Adalah dinasihatkan supaya penonton mengelakkan daripada menonton filem atau drama yang berunsur maksiat, melalaikan dan tidak memberi manfaat. 

Penonton juga perlu menapis program yang bersesuaian untuk diri dan keluarga. 

Kini, wujud siaran-siaran berunsur ilmiah dan Islamik yang boleh kita pilih untuk ditonton.

Artikel Lain