suria

Jangan jadikan asnaf untuk buat ‘content’, mereka pun ada rasa malu... ATM Beras contoh pendekatan dapat tutup aib golongan memerlukan

Memberi bantuan biarlah tanpa memalukan orang lain.

TANGAN yang memberi itu mendapat perhatian dan menerima pula menanggung malu, satu situasi seringkali berlaku kepada golongan asnaf.

Kesusahan mereka dipamerkan dan maruah mereka dijaja sebagai content atau isi kandungan media sosial oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab tanpa memikirkan kemungkinan yang terpaksa dihadapi mereka termasuk pandangan masyarakat sekeliling.

ARTIKEL BERKAITAN: Besi ditusuk sehingga tembus pipi, belakang leher antara siksaan kaki fitnah... Hati-hatilah semua, media sosial antara punca manusia diazab Allah

Walaupun golongan ini wajar diberikan perhatian dan diuar-uarkan kewujudan mereka dalam masyarakat, namun itu tidak bererti aib mereka sewenang-wenangnya dijaja.

74242377_1459791487513974_5264267657233825792_n

Ustaz Yaakub Yusra Mohd Yusoff.

Pengarah Urusan Murtadha Dakwah Centre (MADAD), Ustaz Yaakub Yusra Mohd Yusoff menyifatkan pihak yang menggunakan asnaf sebagai content adalah perbuatan tidak bertanggungjawab kerana apa dilakukan itu dapat mendatangkan rasa malu dan rendah diri terhadap golongan itu.

"Kesian pada si asnaf yang berasa malu apabila video mereka ditularkan dengan sengaja. Dulu pernah tular seorang ayah pilih untuk jadi gelandangan sebab tidak mahu susahkan anak-anak.

"Apabila tular, anak-anak terus berasa malu dan buat penjelasan. Jadi tidak seronok apabila perkara bertukar sedemikian," katanya.

Jelas Yaakub, meskipun menganggap proses dokumentasi dan hebahan itu perlu dalam membantu golongan ini namun biarlah ia dilakukan secara sederhana dan tidak mengaibkan mana-mana pihak.

Clipboardhgf

MADAD memperkenalkan mesin ATN beras iaitu Rice for Asnaf yang menjaga soal aib penerima.

Atas sebab itu juga kata Yaakub, apabila pihaknya tampil dengan mesin ATM beras iaitu Rice for Asnaf yang dicipta oleh MADAD khusus untuk golongan asnaf ia amat menitikberatkan soal menjaga aib.

"Mesin ATM Beras yang MADAD buat ni salah satu cara untuk tutup rasa malu dan segan asnaf minta bantuan. Hanya mohon kad dan lepas tu datang berusan dengan mesin ini. Tidak perlu jumpa orang.

"Apa paling penting pasukan MADAD buat mesin ini untuk memudahkan golongan asnaf terima bantuan dan manfaat. Paling penting tangan kanan bagi, tangan kiri tidak tahu, ujarnya.

Perkongsian video penggunaan mesin itu di laman sosial Facebook dan Twitter turut menjadi tular sehingga mendapat lebih daripada 200,000 tontonan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain