suria

Yang single jom cuba... ini doa yang boleh diamalkan agar cepat dapat jodoh

Berdoa dan minta kepada Allah jika berhajatkan sesuatu, termasuklah jodoh.

JODOH termasuk dalam perkara yang sudah ditulis berdasarkan ilmu Allah SWT.

Allah memberi pilihan kepada manusia untuk mendapatkannya dengan cara bagaimana, bila dan dengan siapa.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu sibuk kejar dunia dan populariti, 2 perkara ini jentik hati Kak Love untuk berubah - “Niqab adalah perisai diri sendiri”

Apa paling penting adalah kuatkan usaha dan berdoa agar cepat dipertemukan dengan pasangan hidup yang sesuai dan mampu membawa kita ke jannah.

Bukannya hanya duduk berpeluk tubuh, tidak berbuat apa-apa dan menunggu jodoh itu datang dengan sendirinya.

Bagi yang masih single dan sedang mencari pasangan hidup, terdapat beberapa doa yang boleh diamalkan sebagai salah satu usaha dipermudahkan urusan itu.

Mencari Jodoh

Jodoh itu telah ditetapkan oleh Allah namun sebagai manusia kita perlu berusaha dalam mencari pasangan sesuai.

Doa ini boleh dibaca tanpa mengira waktu seperti selepas selesai solat fardu, solat Duha atau pada waktu malam selepas melakukan solat Tahajud.

Lafazkan doa ini dengan sesungguhnya mengharapkan jodoh dan kebaikan kerana Allah SWT. Iringkan doa itu dengan usaha serta amal kebaikan.

Maksudnya: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan dan keturunan dari kalangan kami sebagai penenang hati.

Allah menjanjikan orang-orang yang membaca doa ini mendapat tempat yang tertinggi di syurga kerana kesabaran mereka.

Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya. (al-Furqan, ayat 75)

Selain doa ini, seseorang juga boleh membaca doa cepat mendapat jodoh sesuai dengan surah al-Qasas, ayat 24. Doa ini pernah dibaca oleh Nabi Musa AS.

Maksudnya: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain