RAMAI dalam kalangan kita akan menuang air panas ke dalam tandas bagi membantu melonggarkan saluran yang tersumbat, menyingkirkan sisa kotoran serta mengurangkan bau busuk.Malah, ada juga yang menuang air panas ke dalam tandas bagi menghalau kehadiran haiwan seperti ular atau biawak yang masuk ke dalam saluran pembentungan. Namun, ada yang percaya perbuatan itu boleh mengganggu makhluk halus seperti jin sehingga menimbulkan gangguan dalam kalangan penghuni rumah.Penjelasan Jabatan Mufti Negeri SelangorMerujuk kepada dakwaan itu, sememangnya syaitan dan jin gemar berada di tempat yang kotor seperti kawasan pembuangan sampah dan tandas.Agama Islam pula menganjurkan adab-adab tertentu apabila masuk ke kawasan berkenaan seperti membaca doa apabila hendak masuk ke tandas.Menurut Jabatan Mufti Negeri Selangor lagi, tiada dalil yang menyatakan perbuatan mencurah air ke dalam tandas akan menyebabkan seseorang itu diganggu oleh syaitan atau jin. Namun, curahan air panas yang dibuang ke dalam tandas mungkin dibimbangi menjadi asbab mereka terganggu kerana sifatnya yang panas dan menyakitkan makhluk tersebut.Oleh itu, elakkan daripada mencurahkan air panas ke dalam lubang tandas. Walau bagaimanapun, jika perlu berbuat demikian untuk membaiki saluran tersumbat atau seumpamanya, hendaklah dimulakan dengan bacaan doa dan memohon perlindungan kepada Allah SWT.