suria

Ingat dah jumpa calon imam, rupanya hanya topeng! Wanita terkejut lelaki acah warak hasut derhaka pada mak ayah

Sesebuah hubungan memerlukan keserasian sebelum melangkah ke fasa seterusnya. -Gambar hiasan AI

DI SEBALIK imej murni dan hantaran penuh nilai agama yang dipaparkan di media sosial, hakikatnya tidak semua individu memiliki keperibadian seindah disangka.

Ada yang kelihatan cukup sopan, matang, dan alim, namun belang sebenar hanya terserlah selepas hubungan mula melangkah ke fasa lebih rapat.

Demikianlah pengalaman pahit seorang wanita apabila dia tampil menceritakan detik perkenalannya dengan seorang lelaki yang pada luarannya tampak 'sempurna', namun rupa-rupanya tersembunyi sisi gelap.

"Saya ada bermesej dengan seorang lelaki ni sebab nak kenal-kenal.

"Posting dekat Instagram dia penuh dengan hiking, ceramah dan kata-kata positif. Repost TikTok dia pun semua tentang hal agama je.

"Jadi sangat admire la orang lelaki macam ni. Tapi apabila dah sembang-sembang, baru tahu perangai dia macam mana," luahnya menerusi hantaran di Threads.

Sikap sebenar seseorang akan terpamer selepas hubungan mulai rapat. -Gambar hiasan AI

Menurut wanita itu, lelaki tersebut pada mulanya mengakui tidak terikat dengan mana-mana hubungan percintaan dan mahu fokus kepada proses memperbaiki diri sendiri.

"Dia cakap dia dah lama tak bercinta, fokus healing je. Jadi niatnya nak berkawan la dulu, kenal-kenal, tapi dia pula melebih-lebih,” ujarnya.

Namun, keadaan mula berubah apabila lelaki berkenaan menunjukkan sikap pelik dan keterlaluan selepas mereka semakin kerap berhubung.

Imej alim yang dibawa seakan hilang apabila dia mula mengawal dan mendesak wanita tersebut secara agresif.

"Tahu tak, dia selalu spam message kalau kita lambat reply. Kalau tanya soalan apa-apa, selalu ugut suruh jawab dengan jawapan jujur. Psycho gila," katanya lagi yang menyifatkan tindakan itu sangat merimaskan.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah ajak suami orang keluar, perangai gatal ‘intern’ perempuan dilapor kepada HR!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tinggalkan lelaki gatal di panggung wayang, rimas tangan menjalar dalam gelap! - “Dia asyik sentuh bibir aku”

Apa yang lebih mengejutkan, lelaki itu didakwa kerap memaksa untuk membuat panggilan telefon dengan alasan mahu menguji keserasian komunikasi.

Apabila hasratnya dihalang, lelaki tersebut mula menunjukkan belang sebenarnya.

“Apabila kita cakap yang mak ayah tak bagi call dengan mana-mana lelaki, dia melenting. Dia cakap mak ayah terlalu control anak.

"Dia hasut kita pula jangan dengar cakap mak ayah. Katanya sesekali memberontaklah sikit dengan mak ayah baru dapat kebebasan," cerita wanita itu lagi.

Gara-gara insiden itu, wanita berkenaan mengakui serik dan menyesal kerana terlalu cepat meletakkan kepercayaan hanya berdasarkan imej luaran.

Malah, dia mendakwa gangguan tetap berterusan walaupun selepas menyekat nombor telefon lelaki terbabit.

  • Seorang wanita kongsi pengalaman berkenalan dengan lelaki 'psiko'.
  • Lelaki tersebut banyak kongsi mengenai hiking, kata-kata positif dan perkara berkaitan agama di media sosial.
  • Wanita itu yang awalnya tertarik, mula rasa pelik selepas lelaki tersebut tunjuk sikap aneh.
  • Antaranya suka 'spam' mesej dan panggilan malah menghasutnya untuk memberontak kata-kata ibu bapa.
  • Dia menyekat nombor lelaki tersebut dan mengakui trauma berkenalan dengannya. 

"Aku menyesal kenal dengan dia, nampak alim tapi tak," kongsinya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya turut berkongsi pengalaman hampir sama selain menasihatkan orang ramai khususnya wanita supaya lebih berhati-hati ketika berkenalan dengan individu di media sosial.

"Pernah juga terjebak. Kenal dalam apps juga. Awal tu macam okay, tapi baru perasan dia akan cari kita waktu sunyi je.

"Itu red flag awak, tak perlu teruskan, Allah dah selamatkan awak daripada orang yang salah.

"Jangan menilai daripada media sosial saja. Banyak aspek lain kena periksa juga," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain