suria

“Kau simpan sendiri je!” - Pengantin bengang jurugambar sibuk rakam foto ‘candid’ awek cantik, momen keluarga sendiri terlepas

Jurufoto berperanan merakam momen bermakna ketika majlis hari bahagia pasangan mempelai. -Gambar hiasan AI

MENGUPAH jurufoto profesional kini sudah menjadi antara perkara 'wajib' dalam sesebuah majlis perkahwinan.

Matlamatnya cuma satu iaitu mahu setiap saat indah majlis dirakam dengan sempurna sebagai kenangan seumur hidup.

Namun lain pula ceritanya bagi seorang wanita ini, keterujaan menanti hasil gambar majlis hari bahagianya bertukar menjadi rasa kecewa apabila mendapati gambar ahli keluarga sendiri terlalu sedikit berbanding tetamu lain.

"Valid tak kalau pengantin rasa meluat apabila dapat softcopy gambar daripada photographer... kemudian gambar yang diambil adalah gambar candid awek-awek cantik berbanding gambar candid family?" luahnya.

Menurut wanita itu, dia berpendapat jurufoto sepatutnya lebih peka dengan tanggungjawab mereka, iaitu sentiasa mengutamakan pengantin dan keluarga terdekat.

Ketika ini mengupah jurufoto untuk sesebuah majlis sudah menjadi antara perkara yang 'wajib'. -Gambar hiasan AI

"Baran kan? Patut tahu role masing-masing. Second shooter patut pandai interact dengan family sebab jurufoto pertama selalunya busy dengan pengantin," katanya.

Jelasnya, dia tidak kisah sekiranya jurufoto mahu merakam beberapa keping gambar candid tetamu sebagai koleksi hasil kerja sendiri, namun ia tidak sepatutnya diserahkan kepada pengantin secara berlebihan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah la tak ‘update’ majlis kahwin batal, klien hati kering cuma doa jurufoto murah rezeki - “Aku dah tolak job lebih 10 klien”

ARTIKEL BERKAITAN: Tok imam larang jurufoto wanita ambil gambar akad nikah dalam masjid... Rasa ralat klien bayar mahal, tapi tiada momen penting

"Boleh la satu dua, kalau rasa itu moment awak punya hasil then take it, tapi jangan bagi dekat pengantin.

"Mereka upah awak untuk diraikan sebagai pengantin dan keluarga mereka.

"Sebelum bagi, filter dulu. Pernah terjadi kami dapat banyak sangat gambar awek ni. Geram pula. Kau simpan sendiri je la kot," tambahnya dengan nada kesal.

  • Seorang wanita geram apabila terima 'softcopy' gambar majlis perkahwinan daripada jurufoto.
  • Dia mendakwa jurufoto tersebut banyak membidik gambar candid tetamu wanita yang cantik berbanding gambar keluarga.
  • Baginya, jurufoto patut peka dengan peranan utama kerana diupah oleh pengantin.
  • Ujarnya lagi, tak salah jika rakam gambar lain tetapi perlu ditapis sebelum beri kepada pengantin.
  • Netizen bersetuju dan berpendapat jurufoto perlu profesional.

Perkongsiannya itu turut mengundang pelbagai reaksi warga maya, dengan ramai bersetuju bahawa jurufoto majlis perkahwinan perlu lebih profesional dan memahami keutamaan klien.

Ada juga yang berkongsi pengalaman hampir sama apabila album perkahwinan mereka dipenuhi gambar tetamu tertentu sehingga banyak momen bersama keluarga terlepas daripada dirakam.

"Lagi satu tangkap gambar entah apa-apa. Gambar penting-penting tak ada. Tak guna ambil second shooter.

"Sebab tu rasanya kena pakai baju tema... senang jurufoto nak kenal famili pengantin," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain