MOMEN bahagia seperti akad nikah selalunya akan diabadikan dalam bentuk foto atau video sebagai kenangan seumur hidup.
Namun realitinya tidak semua pasangan yang berkahwin memiliki rakaman momen itu dek kerana situasi luar jangka seperti yang dikongsikan seorang jurufoto bernama Nurin Ezuha ini.
Dalam satu hantaran dibuat jurufoto perkahwinan ini di TikTok dan Thead, dia meluahkan rasa kecewa apabila dihalang daripada melaksanakan tugasnya ketika majlis akad nikah di sebuah masjid.

Nurin berkongsi luahan itu dalam hantaran di TikTok dan Threads.
"Waktu aku nak shoot pengantin perempuan, imam suruh aku berhenti. Aku pun okey je, aku letak kamera dekat bawah dan berdiri je dekat situ. Kemudian aku tanya pengantin perempuan macam mana.
"Aku beritahu imam tak bagi ambil gambar. Lepas tu pengantin cakap tak mengapa, shoot masa bersanding saja.
"Tapi aku terus tunggu je dekat ruangan mereka sedang dinikahkan. Masa nak akad tu, ramai dah pegang telefon nak rekod, masa tu aku pun angkat kamera dan ambil gambar," jelasnya dalam perkongsian tersebut [Tonton Video].
Tambah Nurin, sebagai jurugambar yang dibayar dia bersimpati dengan pasangan mempelai kerana momen penting sewaktu majlis akan nikah tidak dapat diabadikan.
ARTIKEL BERKAITAN: Gambar kahwin hilang gara-gara pautan ‘corrupt’, jurufoto pula lepas tangan... Pengantin enggan halalkan bayaran upah!
ARTIKEL BERKAITAN: Sedang ambil gambar raja sehari, jurufoto dan 'team' kena 'angkut' ke balai! Famili pengantin tuduh mencuri di majlis kahwin
"Bagi saya kesianlah sebab klien dah bayar mahal tapi tak ada momen atau suasana nikah tu sebab tak boleh ambil gambar.
"Kalau saya jadi pengantin pun, sedihlah. Apa perasaan anda semua jika berdepan hal ini," katanya sambil memaklumkan itu merupakan pengalaman pertama sepanjang terlibat sebagai jurufoto perkahwinan.
Perkongsian Nurin itu mengundang pelbagai reaksi netizen di Threads, masing-masing tampil memberikan pandangan dan cadangan.
"Buat kembali dan cipta semula momen tanpa imam. Letak seorang sebagai ganti imam. Acah-acah tengah salam. Baca doa, kemudian sarung cincin.
- Jurufoto nikah kecewa kerana dilarang merakam detik akad oleh kadi.
- Klien kehilangan momen penting walaupun sudah membayar mahal.
- Dia hanya ambil gambar selepas lihat tetamu lain mula merakam.
- Jurufoto simpati dan persoal perasaan orang lain jika alami situasi sama.
- Netizen beri pelbagai reaksi, termasuk cadangan 'recreate moment'.
"Kawan saya pun jurufoto juga. Memang ada juga tok imam tegur macam ni. Depan orang ramai juga dia 'sound'.
"Rasanya sebab awak perempuan, ada imam memang dia rasa tak manis tengok orang perempuan bergerak sana sini.
"Kalau photographer lelaki biasanya macam tak ada masalah. Tapi itu apa yang saya rasa la. Nak tau lebih lanjut kena tanya imam tu sendiri," komen beberapa netizen.


