suria

Majikan kaya tapi kedekut! Pengasuh anak dikerah buat kerja orang gaji, cuti seminggu sekali - “Berbaloi ke semua ni?”

Dibebani kerja yang banyak mampu membuatkan seseorang 'burn out'. -Gambar hiasan AI

ISU bayaran gaji yang tidak setimpal (underpaid) dan rasa seperti diambil kesempatan oleh majikan bukanlah perkara baharu dalam dunia pekerjaan.

Pengalaman yang dikongsikan oleh seorang pengasuh di laman Threads menunjukkan realiti kerja domestik yang sering dipandang ringan.

Dia yang tidak mendedahkan identiti diri bekerja sebagai pengasuh kepada tiga anak kecil termasuk seorang bayi sejak hampir enam bulan lalu dengan gaji bulanan sebanyak RM1,900.

"Aku kerja sebagai pengasuh kepada satu keluarga kaya. Mereka ni ada sepasang kembar lelaki berusia tiga tahun dan bayi dalam lingkungan empat bulan macam tu. 

Segelintir individu memandang rendah tugas seorang pembantu rumah atau pengasuh hingga membayar mereka gaji yang tidak setimpal. -Gambar hiasan

"Kembar dah nak masuk empat tahun tapi hampir belum pandai bercakap dan langsung tak buat eye contact. Lagi sukar sebab mereka ni juga agak agresif.

"Aku kerja enam hari seminggu, jaga tiga budak, bermula dari 9 pagi hingga 8 malam. Korang rasa berbaloi ke?" luahnya.

Tambah individu tersebut, beban kerjanya tidak terhenti setakat menjadi pengasuh tiga anak majikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Majikan tak bagi orang gaji guna Wifi rumah, suruh pakai data... Pekerja lain gaji RM1,500 semua keperluan kena bayar sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Bibik abang nak cari ‘duit tepi’, tawar diri mengasuh anak... Wanita terkejut dah siap tetapkan kadar gaji

Malah dia mendakwa skop kerjanya juga bertambah apabila kadang-kala terpaksa mengemas serta membersihkan rumah disebabkan keadaan yang terlalu bersepah.

"Si ibu suri rumah tapi masalahnya dia jarang bersihkan. Dapur bersepah, periuk dalam singki kotor berkerak tak basuh.

  • Seorang individu berkongsi pengalaman bekerja sebagai pengasuh tiga anak kecil dengan gaji RM1,900 sebulan.

  • Kembar yang dijaganya berusia hampir empat tahun, masih sukar bercakap dan agresif.

  • Dia bekerja 11 jam sehari, enam hari seminggu dan ada kalanya melakukan kerja mengemas rumah. 

  • Skop kerja bertambah kerana isteri majikan jarang membersihkan rumah.

  • Netizen menasihatinya supaya tegas tentang kenaikan gaji atau mencari pekerjaan lain.

"Mereka memang upah tukang cuci tapi hanya hari Selasa. Jadi hari lain memang aku yang kemas. Kadang-kadang tak rasa saya ni pengasuh tapi lebih kepada orang gaji. 

"Memang boleh mental. Saya bukan mengadu, cuma saya nak tahu... wajar ke saya rasa macam ni? Dan berbaloi ke semua ni?" luahnya lagi sambil meminta pandangan netizen. 

Di laman komen, netizen tampil dengan reaksi yang pelbagai, namun rata-ratanya menyarankan supaya individu berkenaan bersikap tegas mengenai soal bayaran atau mencari peluang pekerjaan di tempat lain. 

Sebahagian daripada komen netizen.

"Kalau nak terus jadi pengasuh, fokus buat kerja mengasuh je... janganlah kemaskan dapur dia ke apa. Kalau tak, minta naikkan gaji.

"Awak patut minta lebih. Tak berbaloi awak, memang penat macam tu. Kira awak lagi penat daripada mak dia. 

"Awak yang bagi dia peluang untuk dia buli. Betullah tu... awak sebenarnya orang gaji, pengasuh tak buat semua tu," antara komen netizen. 

Artikel Lain