suria

“Dah biru budak tu!” - Wanita terjun kolam selamatkan budak 4 tahun hampir lemas... Mak ayah leka bersenam berdua-duaan di gim

Ibu bapa bertanggungjawab memastikan keselamatan anak-anak terjaga. -Gambar hiasan AI

LOKASI kolam renang yang berhampiran gimnasium membuatkan segelintir ibu bapa mengambil peluang untuk bersenam ketika anak-anak sedang bermain air.

Bagaimanapun tindakan membiarkan anak-anak bermain air di kolam tanpa pengawasan orang dewasa boleh mengakibatkan kemalangan kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Berhadapan situasi yang sama, seorang wanita berkongsi pengalamannya menyelamatkan seorang anak kecil berusia sekitar empat tahun yang hampir lemas di kolam dipercayai di sebuah hotel.

Menurut wanita ini, kejadian berlaku pada pukul 7.15 malam ketika dia dan anak-anak sedang bersiap untuk naik semula ke bilik selepas mandi kolam.

Pemantauan ibu bapa penting demi keselamatan anak kecil. -Gambar hiasan AI

Pemantauan ibu bapa penting demi keselamatan anak kecil. -Gambar hiasan AI

"Anak aku tanya kenapa budak tu tak berhenti mandi. Jadi aku tanya budak tu mana mak ayah dia sebab aku nak naik bilik, anak aku yang baby pun dah menangis.

"Dia cakap mak ayah dia ada kat gim dan akan datang ambil.

"Tapi ketika aku nak masuk tandas tukar baju, anak aku jerit cakap budak tu terjun kolam besar," ujarnya berkongsi situasi di Thread.

Melihatkan situasi kanak-kanak tersebut yang dalam keadaan terbalik bersama pelampung, wanita ini terus terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah rehat di rumah, anak kecil di kolam renang banyak kali nyaris lemas - "Kalau mati adakah kami akan dipersalahkan?"

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita menyesal percaya kawan baik, terkejut anak 3 tahun ditinggal sendirian di lobi hotel! - “Suami aku nak cepat”

"Dengan baju blouse dan seluar... aku terus terjun ke dalam kolam setinggi 1.4 meter dan angkat budak tu.

"Dia tercungap-cungap, dah biru budak tu. Aku bawa ke tepi bantu dia muntahkan semula air dengan tepuk-tepuk di bahagian belakang," ujarnya yang turut mengimbau pengalaman hampir lepas suatu ketika dulu.

Insiden yang berlaku itu membuatkan kanak-kanak tersebut kelihatan lemah dan pucat lesi.

Susulan itu, dia membalut tubuh kanak-kanak terbabit dengan tuala dan membawanya ke gim.

  • Ibu bapa bersenam di gim biar anak bermain kolam, risiko lemas meningkat.
  • Seorang wanita selamatkan kanak-kanak hampir lemas di kolam 1.4 meter.
  • Kanak-kanak dibawa ke tepi, dibantu muntahkan air, kemudian dibawa ke gim.
  • Ibu bapa ditegur, mohon maaf, dan hantar makanan sebagai penghargaan.
  • Netizen beri reaksi positif, ingatkan bahaya kolam walau untuk kanak-kanak.

"Mak budak tu tanya kenapa dengan anak dia.

"Aku pun terus cakap... anak korang lemas tadi. Korang dah kenapa biar anak mandi kolam sendirian.

"Dia speechless, suami dia datang dan cakap... kami ingatkan dia mandi kolam budak sebab tadi tengok dia di situ je," tambahnya lagi.

Dia yang masih bimbang dengan situasi berlaku terus menegur sikap ibu bapa kanak-kanak terbabit agar menjaga anak dan bergilir melakukan senaman di gim.

Warga maya turut meluahkan kebimbangan tentang sikap ibu bapa yang tidak bertanggungjawab.

Warga maya turut meluahkan kebimbangan tentang sikap ibu bapa yang tidak bertanggungjawab.

Menurut wanita ini, pasangan suami isteri terbabit kemudiannya memohon maaf atas insiden yang berlaku.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya.

"Dua tahun lepas ada kejadian lemas di apartment rumah saya, puncanya ayah dia tinggalkan anak usia dalam enam tahun di taman permainan yang berhampiran kolam renang.

"Terima kasih sis sebab dah selamatkan satu nyawa. Beruntung awak sebab diberi peluang untuk dapat sebesar-besar pahala.

"Geramnya, kolam kanak-kanak pun bahaya, anak boleh terjatuh dan lemas... inikan pula kolam dewasa," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain