suria

Staf kesihatan terbeban, makin ramai isteri ‘tak bersalah’ dijangkiti HIV gara-gara bersuamikan lelaki biseksual

Individu yang mahu mendirikan rumah tangga perlu melakukan ujian saringan HIV. -Gambar hiasan

SEORANG wanita berkongsi kebimbangan seorang rakan yang bertugas di hospital mengenai peningkatan kes jangkitan HIV.

Menurutnya, petugas kesihatan sering berdepan tekanan apabila perlu menangani kes tersebut yang memerlukan rawatan rapi.

Jelasnya, penyakit tersebut bukan sahaja mengancam pesakit itu sendiri tetapi juga merisikokan pasangan mereka.

Hubungan songsang antara punca penularan HIV. -Gambar hiasan AIHubungan songsang antara punca penularan HIV. -Gambar hiasan AI

"Kesian juga kat petugas kesihatan sejak kes HIV dan buntut longgar makin ramai. Mereka pula kena hadap penyakit yang korang cari sendiri. 

"Dengan bau, najis terkeluar dah tentu la busuk. Tolong la ada common sense. Kes pula makin banyak dan masyarakat nak normalise benda ni," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Jurusolek mayat dedah keadaan pesakit HIV selepas mati... Dubur bernanah, menangis ketika dimandikan

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal pengantin ‘perang’ besar di hospital, mengamuk tengok keputusan ujian saringan... Terkejut teman lelaki positif HIV!

Wanita itu turut meluahkan rasa simpati terhadap isteri yang dijangkiti HIV akibat pasangan yang tidak memaklumkan tabiat seksual berisiko mereka.

“Ramai isteri jadi mangsa kerana tidak tahu suami mempunyai hubungan biseksual. Bila sampai tahap terkena penyakit yang sukar dirawat, kesannya bukan sahaja pada isteri, malah anak-anak,” katanya.

  • Wanita berkongsi maklumat daripada rakannya yang kerja di hospital mengenai peningkatan kes HIV yang membimbangkan.
  • Petugas kesihatan didakwa semakin tertekan menangani kes HIV serius yang memerlukan rawatan rapi.
  • Wanita itu menyuarakan simpati terhadap isteri yang dijangkiti akibat pasangan yang tidak jujur.
  • Dia menggesa tindakan tegas terhadap individu yang menyembunyikan risiko sehingga menjejaskan pasangan.
  • Netizen turut melaporkan peningkatan ketara, dengan 3,185 kes baharu HIV direkod pada 2024.

Dia berpendapat bahawa perlu ada tindakan lebih tegas terhadap individu yang menyembunyikan tingkah laku berisiko sehingga menjejaskan kesihatan pasangan.

“Kalau ada risiko, maklumkan kepada pasangan. Jangan sampai orang yang tak bersalah menanggung akibat. Bayangkan orang yang hidup sihat tiba-tiba dapat penyakit tanpa tahu puncanya,” katanya.

Reaksi netizen berhubung peningkatan kes HIV.Reaksi netizen berhubung peningkatan kes HIV.

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang bimbang dengan penularan HIV di dalam negara yang kian meningkat.

"Kakak saya yang kerja di klinik kesihatan akui peningkatan kes ini, kebanyakannya dalam kalangan pelajar.

"Statistik kes HIV ada sebanyak 3,185 kes baru direkod pada 2024.

"Mereka yang cari masalah KKM yang kena tanggung," antara komen netizen.

 

Artikel Lain