suria

[V] Jurusolek mayat dedah keadaan pesakit HIV selepas mati... Dubur bernanah, menangis ketika dimandikan

Angel Soul berkongsi pengalaman menghias mayat pesakit HIV. -Foto Youtube RJL 5 - Fajar Aditya.

SEORANG jurusolek mayat berkongsi pengalaman menginsafkan selepas merias tubuh seorang lelaki yang meninggal dunia akibat jangkitan HIV.

Jurusolek yang dikenali sebagai Angel Soul berkata, dia sudah terbiasa berdepan dengan pelbagai keadaan ketika menguruskan mayat, namun pengalaman yang satu ini benar-benar menyentuh hati.

Katanya, itu adalah kali pertama dia diminta oleh pihak hospital menghias mayat lelaki berusia 32 tahun yang maut akibat jangkitan virus tersebut.

“Saya lihat wajah mendiang sangat kacak, berkulit putih dan bersih. Tapi sewaktu saya sedang meriasnya, tiba-tiba air mata mengalir dari matanya.

“Saya cuma mampu berpesan dalam hati agar dia tidak lagi menyesali apa yang sudah terjadi. Nasi sudah menjadi bubur, kemudian air matanya berhenti mengalir," katanya menerusi perkongsian di podcast RJL 5 - Fajar Aditya [Tonton Video].

Tambahnya, antara pengalaman lain tidak dapat dilupakan ketika menguruskan mayat pesakit HIV lain adalah dubur menjadi seperti bunga kobis, ditumbuhi bintik-bintik atau bernanah yang mana mendiang dikatakan seorang pengamal hubungan sejenis.

Angel turut mengingatkan orang ramai agar menjadikan kisah itu sebagai iktibar untuk sentiasa menjaga kesihatan diri dan tidak terlibat dalam gaya hidup berisiko.

“Apa pun bentuk kasih sayang atau hubungan yang kita pilih, pastikan ia tidak memudaratkan diri sendiri. Kadang-kadang penyesalan datang apabila segalanya sudah terlambat,” katanya.

Jurusolek mayat hanya untuk menghias mayat bukan Islam, manakala di dalam Islam tiada perkara sedemikian. 

 

Artikel Lain