PENGUMUMAN pengarah dan penerbit Puan Sri Tiara Jacquelina mengenai pemilihan dua pelakon utama bagi menggalas satu watak yang sama dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM) mencetuskan pelbagai tanda tanya dalam kalangan peminat.Tampil memberikan pencerahan, pelakon dan pengacara Karl Shafek menjelaskan bahawa kaedah tersebut sebenarnya merupakan standard biasa bagi sesebuah produksi teater yang besar. Menurut Karl, kewujudan pelakon kedua bukanlah membawa maksud pihak produksi tidak mempunyai keyakinan terhadap keupayaan mereka, namun sebaliknya mempunyai sebab-sebab tertentu. Mimi dan Nadia diumum sebagai Bayan. "Produksi teater yang bagus memang akan ada dua pelakon yang dilatih untuk satu watak, di mana salah seorang akan menjadi 'understudy'. "Ini bukan sebab produksi tak yakin dengan pelakon utama, tapi sebab produksi yang besar memang kena bersedia dengan segala kemungkinan."Bayangkan pementasan PGLTM berlangsung selama 30 hari, setiap hari, dan kadang-kadang dua persembahan sehari. Risiko boleh berlaku bila-bila masa. "Pelakon boleh jatuh sakit, cedera (minta simpang), hilang suara, atau berlaku perkara yang tak dijangka," tulisnya menerusi satu hantaran di platform Threads pada Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno dipilih sebagai Puteri Gunung LedangARTIKEL BERKAITAN: “Ini identiti saya” - Aisha Retno tenang jawab kritikan pakai korset, fesyen sesuai dengan konsep laguKarl turut menambah bahawa proses mempersiapkan seorang pelakon untuk watak utama dalam sesebuah pementasan teater memerlukan masa yang panjang serta komitmen yang sangat tinggi."Nak bawa satu watak besar pun perlukan latihan yang panjang iaitu paling cepat 3 bulan. Paling bagus 6 bulan. Nak serap emosi, tenaga, vokal dan disiplin watak bukan benda mudah. "Jadi bila ada understudy yang sama berlatih dari awal, pementasan masih boleh berjalan ikut jadual tanpa menjejaskan keseluruhan produksi," ujarnya. Dalam pada itu, Karl juga tidak menolak pihak produksi berkemungkinan mempunyai perancangan tersendiri apabila mengumumkan dua nama untuk satu watak termasuk membahagikan jadual persembahan mengikut hari tertentu.Yusof Hashim dan Luqman Hafidz juga diumum sebagai pelakon PGLTM. "Mungkin ada hari tertentu watak itu dimainkan oleh pelakon A, dan ada hari lain dimainkan oleh pelakon B. Bermakna pihak produksi masih mengikut standard persediaan teater yang betul. "Dan kalau awak minat pelakon A, datanglah tonton pada hari dia beraksi. Kecuali kalau ada perkara tak dijangka berlaku dan pelakon tersebut tak dapat naik pentas, maka reda sajalah dengan ketentuan itu," tambahnya. Sebelum ini, akaun rasmi PGLTM mengumumkan penyanyi Aisha Retno sebagai pelakon utama bagi pementasan muzikal lagenda berkenaan. Lebih menarik, pementasan kali ini memperkenalkan konsep baharu apabila menampilkan lebih daripada satu interpretasi bagi watak puteri utama.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!