TENANG berdepan kritikan, penyanyi Aisha Retno juga terbuka apabila ada yang mempertikaikan gaya penampilannya memakai korset bersama baju kebaya.Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, memberitahu fesyen tersebut telah menjadi pilihannya sejak awal pembabitannya dalam dunia seni. “Saya dengar dan faham pandangan awak. Saya juga boleh ubah mengikut cita rasa fesyen awak pada masa akan datang.Penampilan Aisha dalam muzik video jadi perhatian.“Tetapi jika saya boleh beri sedikit penjelasan, gaya ini memang sudah menjadi identiti pakaian saya sejak mula saya masuk industri,” katanya.Aisha menjelaskan perkara itu sebagai respons terhadap seorang pengguna media sosial yang kurang bersetuju dengan pilihannya menggunakan gaya tersebut dalam lagu terbaharunya berjudul Jodoh Lebaran.Dalam masa sama, dia turut menegaskan penampilannya selari dengan konsep lagu berkenaan yang diinspirasikan daripada joget Portugis Melaka.ARTIKEL BERKAITAN: Enam tahun dalam industri seni… Aisha Retno pernah terima ugutan bunuh, face shamingARTIKEL BERKAITAN: Adakah Jodoh Lebaran lagu terbaik raya 2026? Aisha Retno terima pujian Siti Nurhaliza… “TokTi approved, rakyat Malaysia pun setuju”“Namun apabila dikatakan ia tidak menghormati, mungkin awak boleh bantu saya faham dengan lebih lanjut apa sebenarnya yang dianggap tidak menghormati itu.“Seperti yang awak boleh lihat, lagu ini sebenarnya berkonsepkan joget Portugis Melaka,” katanya.Sebelum itu, seorang pengguna media sosial dengan nama Prettyfly.forabrownwoman berpendapat penyanyi Aisha sepatutnya mengekalkan elemen tradisional pada kebaya sebagai tanda menghormati budaya.Netizen sifatkan Aisha tidak menghormati pakaian tradisional.Individu berkenaan menganggap Aisha cuba bereksperimen dalam fesyen sehingga menjejaskan nilai budaya tempatan.“Lagu sedap, suara pun bagus. Memang berbakat menyanyi dan menghasilkan lagu, tetapi maaf cakap, korset di luar kebaya itu nampak sangat buruk.“Kalau pakaian lain boleh saja bereksperimen, tetapi untuk pakaian tradisional lebih baik kekalkan gaya asal sebagai tanda hormat. Terlalu cuba nampak bergaya, akhirnya nampak seperti baju projek pelajar AF,” tulisnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube