SELESA menjalani fasa hidupnya kini, pelakon Aprena Manrose memberitahu dia tidak mahu tergesa-gesa untuk kembali berumah tangga selepas perkahwinannya sebelum ini berakhir dengan perceraian.Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 33, berkata dia mahu memberi ruang kepada dirinya untuk pulih secara emosi selain mengakui belum mampu melupakan pengalaman pahit dalam perkahwinan sebelum ini. “Sebenarnya penat. Kalau boleh saya mahu merawat luka dahulu. Saya dah bercinta dari usia 18 tahun, kemudian berkahwin ketika berusia 23 tahun.Aprena belum sedia untuk kembali bergelar isteri.“Jadi sekarang ini masa untuk saya berehat, sayangi diri sendiri dahulu dan lebih fokus pada diri,” katanya kepada mStar.Dalam pada itu, Aprena tidak menafikan ada lelaki yang cuba mendekatinya selepas kembali solo, selain berani menyatakan hasrat untuk menjalinkan hubungan lebih serius.Bagaimanapun, dia memberi tempoh kepada diri sendiri sebelum kembali serius memikirkan soal jodoh.“Ada lelaki yang mahu berkawan dan terus ke peringkat serius. Mereka ajak saya berkahwin sebab umur saya bukan muda lagi.ARTIKEL BERKAITAN: “Tak nak fikir fasal orang, takut saya jadi gila” - Aprena Manrose kebal hadap kecaman, enggan kongsi punca kembali ‘free hair’ARTIKEL BERKAITAN: “Saya manusia biasa yang tak lari daripada melakukan kesalahan” - Aprena Manrose jawab isu buka tudung“Tetapi seperti yang saya katakan, beri saya masa antara dua hingga tiga tahun. Saya hendak ‘single’ dahulu sebab sebelum ini fikir pasal pasangan pun tak habis lagi. Jadi, saya mahu utamakan perasaan sendiri terlebih dahulu,” jelasnya.Tambah Aprena, dia juga tidak menyangka masih ada lelaki yang mahu mendekatinya meskipun kini berstatus janda.Pada masa sama, dia meluahkan rasa syukur apabila dikelilingi orang terdekat yang sentiasa memberi sokongan selepas bercerai.“Saya fikir mungkin selepas cerai tiada lelaki yang sudi dengan saya. Selalu juga tertanya, ada lagikah lelaki yang mahu mendekati saya yang sudah bergelar janda?Aprena mahu rawat luka di hati terlebih dahulu.“Rupa-rupanya ada sahaja yang cuba dekati, tetapi saya yang belum bersedia untuk serius.“Alhamdulillah, semua yang hadir dalam hidup saya selepas cerai adalah orang yang baik-baik,” ujarnya.Untuk rekod, Aprena pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Afiq Hazman pada 12 November 2016.Bagaimanapun, pada Jun 2025, Aprena mengumumkan dia sudah bercerai tanpa mendedahkan tarikh sebenar mahupun punca perpisahan tersebut.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube