suria

“Saya manusia biasa yang tak lari daripada melakukan kesalahan” - Aprena Manrose jawab isu buka tudung

Aprena mohon tidak terus bercakap buruk tentang dirinya.

PELAKON Aprena Manrose tampil bersuara selepas penampilannya yang kini tidak lagi berhijab menjadi bualan ramai. 

Aprena atau Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 35, dalam satu kenyataan meminta orang ramai agar tidak menyalahkan pelakon Nazim Othman yang sebelum bercakap bagi pihaknya. 

“Dia tak bersalah dalam hal ini. Saya yang punca. Ya, saya pun manusia biasa yang tak lari daripada melakukan kesalahan. 

Aprena minta orang ramai tidak salahkan Nazim.

“Saya tidak baik, saya pendosa dan banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki tetapi saya tidak akan berhenti menuntut ilmu dan sebarkan tentang hal-hal agama walaupun saya tidak mampu menutup aurat dengan sempurna.

“Nak tunggu sempurna baru nak buat kebaikan memang sampai matilah saya hanyut. Saya pernah cakap, yang baik sila ikut, yang tak baik jangan sesekali ikut. Saya tidak akan membela diri kerana benar, menutup aurat adalah wajib,” tulisnya  dalam satu hantaran di Instastory. 

Aprena dalam sama turut mengucapkan penghargaan buat peminat yang banyak memberi sokongan menerusi mesej diterima. 

ARTIKEL BERKAITAN: Isu tudung ‘terbang’, Nazim Othman pertahan Aprena Manrose... “Saya tidak menghalalkan apa yang salah, cuma ralat dengan komen sinis” 

ARTIKEL BERKAITAN: Aprena Manrose sudah tidak bertudung? Penampilan terbaharu cetus tanda tanya

Aprena bagaimanapun menasihati orang ramai agar tidak mudah bercakap buruk tentang orang lain. 

“Pada yang komen bahasa terlalu kesat itu, siasat diri sendiri dulu okay? Pastikan korang tak tinggal solat lima waktu. 

“Saya maafkan korang semua sebab saya tahu korang hanya bercakap apa yang korang nampak jadi saya tak salahkan. Taknak mendoakan pun tidak mengapa, jaga je keluarga masing-masing,” luahnya. 

Penampilan terbaharu Aprena menjadi bualan ramai. 

Dalam masa sama, Aprena sempat berkongsi nasihat agar tidak mengeluarkan kata-kata buruk terhadap pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli yang kini berdepan ujian rumah tangga. 

“Lagi satu dah alang-alang saya berfalsafah ni, saya harap nak masuk tahun baru ini, kalian semua berhentilah sebarkan keburukan tentang Uqasha, suaminya dan anak buah saya yang comel itu, Hawra. Jaga percakapan kita, doa yang baik baik sahaja,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain