suria

[V] “Suami orang bye-bye!” - Mia Nasir rela membujang sampai tua daripada jadi bini nombor 2

PELAKON Mia Nasir menegaskan pendiriannya yang tidak akan sesekali menerima tawaran untuk menjadi isteri kedua.

Mia atau nama sebenarnya Nur Farah Md Nasir, 34, berkata dia lebih selesa memilih lelaki bujang berstatus biasa berbanding mempunyai hubungan dengan individu yang sudah berkeluarga.

“Tidak pernah ditawarkan (menjadi isteri kedua). Itu adalah benda yang saya tidak mahu. Ramai lagi lelaki muda yang belum berkahwin.

Mia rela membujang dari berpoligami.

“Kenapa nak kena ambil suami orang? Daripada nak layan anak orang dan isteri pertama, lebih baik saya pilih menjadi isteri pertama. Mahu jadi permaisuri.

“Kalau tak ada duit sekalipun, kita boleh usaha cari sama-sama, bina sama-sama. Kalau awak bekerja di McDonalds sekalipun tak apa. Sekurang-kurangnya dia bekerja, ada duit yang halal dan berusaha keras untuk kami,” katanya kepada mStar. 

Mia memaklumkan perkara itu ketika ditemui di lokasi penggambaran drama Pak Su Ammara di Kajang, Selangor pada Rabu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Mia Nasir diserang anjing jenis rottweiler, nyaris betis kena gigit - “Jika tidak ‘bye bye’…”

ARTIKEL BERKAITAN: Mia Nasir tiada niat bersaing dengan Anzalna, Afifah

Menurut Mia, dia lebih rela kekal membujang sekiranya didekati oleh lelaki berstatus suami orang.

“Saya rela membujang daripada jadi isteri kedua atau berkongsi dengan sesiapa. Suami orang, bye-bye!” ujarnya.

Dalam pada itu, Mia turut mengulas mengenai kewujudan individu yang digelar sebagai ‘penyondol’ dan berpendapat perkara itu berlaku apabila ada pihak yang memberi ruang atau melayan cubaan tersebut.

“Saya memang tidak akan layan. Benda ini jadi sebab salah seorang melayan. Kalau lelaki itu cuba tapi tidak layan, memang takkan jadi,” katanya, 

Mia tak layan suami orang.

Dalam masa sama, Mia juga tidak bimbang sekiranya ada individu yang cuba menggunakan cara halus atau kaedah tidak sepatutnya untuk menawan hatinya.

Jelas aktres itu, dia lebih meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada perlindungan Allah berbanding perkara-perkara berunsur syirik.

“Dia cuba cara mana pun, kalau Allah kata tak, maka tidaklah. Saya sentiasa berdoa untuk diri sendiri dan keluarga saya,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain