suria

Ben Ladin kena scam dengan penyanyi rap, sanggup tolak tawaran RM10,000 demi nak tolong sahabat… “Ini bukan kali pertama dia tipu”

Ben dakwa dua kali ditipu individu sama.

PENYANYI Ben Ladin mendedahkan dirinya seolah-olah dianiaya oleh penyanyi rap apabila tidak mengotakan janji yang dibuat. 

Ben atau Muhammad Benladen Munshi Shaihan, 24, berkata, dia pada awalnya mendapat dua tawaran persembahan, namun menolak kerana sudah berjanji untuk menjayakan persembahan yang ditawarkan penyanyi itu. 

“Saya mengalami kerugian besar pada hari ini (Rabu) kerana seorang manusia yang tidak bertanggungjawab.

Perkongsian Ben di Instastory. 

“Sepatutnya saya ada dua tawaran persembahan, tetapi saya batalkan dan tolak hanya kerana manusia ini. Kalau RM1,000 atau RM2,000 tidak mengapa, tetapi lebih daripada RM10,000,” katanya.

Ben menulis perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Menurutnya, individu itu turut menghilangkan diri apabila usaha menghubunginya menemui jalan buntu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ben Ladin kini bergelar bapa, jantina anak masih jadi tanda tanya 

ARTIKEL BERKAITAN: Ben Ladin mengamuk lagi… Terkejut dapat tahu dua adik sudah tak sekolah!

“Dia seorang rapper Malaysia. Rapper baru kenal ABC. Belum pandai baca, sebab itu tak balas WhatsApp dan angkat panggilan,” luahnya.

Tambahnya, ini bukan kali pertama individu sama menipunya. 

Kata Ben, dia bersetuju untuk bekerjasama kali kedua kerana ingin membantu acara yang dianjurkan oleh penyanyi berkenaan. 

Niat Ben yang ingin membantu akhirnya memakan diri sendiri. 

"Kali ini melampau, dia hubungi lagi saya beri muka. Dia jawab confirm dan minta gambar untuk poster serta nombor akaun untuk buat bayaran 50 peratus.

"Saya tolak job lain hanya kerana manusia ini. Padahal job saya tu besar bayaran daripada dia punya bayaran. 

"Saya fikir dia nak buat event gempak, itu yang kita tolong dengan bayaran diberikan," ujarnya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain