PENYANYI Ben Ladin memaklumkan isterinya, Anna Shida selamat melahirkan cahaya mata pertama.
Ben atau Muhammad Benladin Munshi Shaihan, 24, mengucapkan terima kasih buat peminat yang selama ini mendoakan mereka.
“Assalamualaikum, pewarisku tercinta (anak). Alhamdulillah isteri saya Anna selamat melahirkan bayi kami.
Ben meluahkan rasa syukur atas kelahiran cahaya mata pertama.
“Terima kasih yang banyak mendoakan,” katanya.
Ben berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Isnin.
Dalam masa sama, penyanyi lagu Rampung ini turut menghargai pengorbanan isteri tercinta melahirkan anak.
ARTIKEL BERKAITAN: Ben Ladin bakal timang anak sulung, isteri sedang hamil aktif kerja tak tahu duduk diam
ARTIKEL BERKAITAN: Foto perkahwinan tular, peminat terkejut Ben Ladin sudah bergelar suami - “Dulu layan dia dekat program Idola Kecil”
Kata Ben, dia berharap kehadiran keluarga kecil mereka menambah kebahagiaan dan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.
“ Terima kasih kepada isteri tersayang kerana melahirkan cahaya mata, hadiah paling berharga untuk saya.
“Saya menghargai segala pengorbanan awak selama ini. Jauh lagi perjalanan untuk kita berdua, semoga Allah sentiasa menjaga keluarga kita,” ujarnya.
Bagaimanapun, Ben tidak berkongsi mengenai jantina bayi dan tarikh isterinya melahirkan cahaya mata.
Ben (kanan) dan Anna berkahwin pada Julai tahun lalu.
Usaha mStar mendapatkan kenyataan daripada Ben tidak berjaya apabila panggilan dan mesej dibuat tidak dijawab.
Untuk rekod, Ben dan Anna mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu.
Pada Mac lalu, Ben mengumumkan berita gembira isterinya sedang hamil anak pertama.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube