suria

Muaz Zabir lihat karier seni ada pasang surut, berniaga jadi ‘back up plan’ bila tiada tawaran berlakon

Selain berlakon Muaz berniaga untuk tambah pendapatan.

SELAMA tiga tahun bergelar anak seni, Muaz Zabir melihat karier sebagai pelakon mempunyai cabaran dan pasang surut yang perlu ditempuh. 

Bersyukur masih diberikan rezeki berlakon, Muaz atau Muaz Mohamad Zabir, 28, bagaimanapun mengambil inisiatif menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan sebagai usaha untuk menjana pendapatan tambahan.

"Kerjaya sebagai pelakon ini ada pasang surutnya yang buatkan pelakon mahupun kru produksi perlu berhati-hati.

Pelakon-pelakon drama Mitos Cinta Akira.

"Sekarang saya bersyukur masih diterima dan ada tawaran berlakon, tapi saya tak tahu perancangan Allah pada masa hadapan. 

"Kalau apa-apa perkara buruk berlaku, saya fikir kena sediakan satu perkara yang boleh jana pendapatan jika saya tidak berlakon, itulah alasan saya berniaga," katanya kepada mStar

Berkongsi lanjut, kata Muaz buat masa ini dia hanya memberi fokus berniaga di sektor makanan dan minuman secara kecil-kecilan kerana bimbang dengan risiko kerugian yang boleh berlaku.

Bagaimanapun aktor tersebut cuba memberanikan diri apabila merancang untuk membuka sebuah kedai gunting rambut pada tahun depan sebagai cabaran baharu dalam bidang perniagaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Takut karier lakonan 'mati', Muaz Zabir berniaga makanan sampai lewat malam

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Status ibu tunggal bukan punca cinta tak jadi, Muaz Zabir dan Bella Astillah kekal berkawan

"Sekarang saya hanya buat perniagaan kecil-kecilan seperti mengusahakan produk makanan.

"Saya masih ada rasa takut nak terus buat perniagaan secara besar-besaran sebab risiko tersebut sangat besar.

"Jadi saya mula dari[ada jual bahulu, insya-Allah tahun depan jika diizinkan oleh Allah saya rancang mahu buka kedai gunting rambut," jelasnya.

Sementara itu, Muaz memberitahu dia menjadikan pelakon Aeril Zafrel dan Shaheizy Sam sebagau suri teladan yang mahu dicontohi. 

Mitos Cinta Akira merupakan drama terbaharu lakonan Muaz.

"Saya nak ikut jejak langkah seperti Aeril dan Sam, walaupun mereka aktif berlakon tapi berjaya dalam dunia perniagaan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Muaz bakal tampil dengan drama bersiri terbaharu berjudul Mitos Cinta Akira.

Selain Muaz, pelakon lain yang turut membintangi naskhah berkenaan ialah Arabella Ellen, Areef Amran dan Haneesya Hanee.

Mitos Cinta Akira akan ditayang menerusi platform penstriman Viu bermula 26 Jun ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain