suria

Mamak Puteh ‘naik hantu’ difitnah amal ilmu hitam, desak dedah pelawak sebenar

Mamak enggan namanya terus dipetik netizen.

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba nama Mamak Puteh kecoh di media sosial apabila dituduh kononnya mengamalkan ilmu hitam. 

Tampil menjawab tuduhan tersebut, Mamak atau Mohamad Ikhtiarudin Naina Mohamad, 41, menyangkal dengan sekeras-kerasnya tuduhan yang dibuat netizen. 

"Saya menyangkal tuduhan itu serta sanggup bersumpah atas nama isteri dan anak-anak saya.

Mamak mahu nama baiknya dibersihkan.

"Ini bukan tentang lawak lagi tapi berkaitan akidah dan syirik.

"Takkan saya nak buat perkara itu. Kalau saya buat, baik saya minta jadi kaya," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Menurut Mamak, tuduhan tidak berasas itu sudah mula berlegar sejak setahun lalu apabila sebuah kumpulan pelawak mendakwa pernah terkena gangguan mistik semasa menyertai sebuah pertandingan.

Awalnya dia mahu mengabaikan tuduhan berkenaan namun perkara itu kembali menjadi bualan hangat apabila beberapa podcast lain  seakan-akan merujuk kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir dua tahun tuntut RM20,000 sampaikan Mamak Puteh terpaksa berhutang demi bayar komitmen

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan masih baik, Mamak rindu ‘comeback’ bersama Ali Puteh

Lebih menguatkan tuduhan tersebut apabila kenyataan yang dikeluarkan mendakwa peserta yang mengamalkan ilmu syirik itu sering menghasilkan 'sandwich' untuk diberi makan kepada rakan-rakan. 

"Tuduhan ini saya sudah dengar sejak awal tahun lepas apabila sebuah podcast yang dikendalikan kumpulan pelawak ada bertemu bomoh. 

"Kemudian bomoh itu memetik nama peserta yang menghasilkan 'sandwich'  adalah individu yang mengamalkan ilmu hitam.

"Tuduhan yang dibuat seolah-olah tuju kepada saya memandangkan saya menjual 'sandwich' sejak 2017 lagi. Kalau benda betul lebih baik sebut saja nama orang itu. 

Saya takut fitnah ini berpanjangan hingga nama saya terkait.

MAMAK PUTEH

PELAWAK

"Saya tak salahkan netizen, mereka hanya tengok podcast itu dan membuat kesimpulan sendiri," ujarnya.

Tambah Mamak lagi, isterinya juga turut terkena tempias dengan dakwaan tidak berasas itu memandangkan 'sandwich' itu merupakan hasil air tangannya.

Malah dia berharap fitnah yang disebarkan tidak berpanjangan selain bersedia untuk bertentang mata dengan individu yang menuduhnya.

"Isteri saya memang tertekan, sebab ‘sandwich’ itu dia yang buat. Dia memang suka sediakan makanan. 

Mamak berani berdepan dengan penyebar fitnah.

"Kalau tak ada tempahan pun memang akan beri orang secara percuma. Jadi bila timbul perkara ini memang rasa tak seronok.

"Saya takut fitnah ini berpanjangan hingga nama saya terkait sedangkan saya tak sertai pertandingan lawak pada tahun itu," ujarnya.

Sebelum ini, nama Mamak menjadi sebutan netizen apabila didakwa mengamalkan ilmu sihir berdasarkan beberapa petunjuk yang didedahkan sekumpulan pelawak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain