suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hubungan masih baik, Mamak rindu ‘comeback’ bersama Ali Puteh

PELAWAK Mamak Puteh memberitahu dia rindu untuk kembali beraksi bersama kumpulan Puteh yang turut dianggotai oleh Ali.

Meskipun dilihat sudah membawa haluan sendiri, Mamak atau Mohamad Ikhtiarudin Naina Mohamad, 41, berkata hubungannya dengan Ali masih baik dan terbuka sekiranya untuk kembali aktif bersama kumpulan itu.

“Saya dengan Ali Puteh tiada masalah dan okay saja kalau ada sebarang undangan majlis untuk buat persembahan dengan dia.

“Bagi saya mengenai masalah cerita dulu tu saya tak mahu masuk campur sebab itu urusan peribadi dia (Ali) dan tak duduk dalam situasi Ali jadi tak tahu apa yang berlaku.

“Insya-Allah kalau ada rezeki kami akan kembali sebab sebelum ini kami ada cuba buat kelainan dengan masing-masing buat kumpulan lain tapi ternyata tak sama sebab kerinduan tu masih ada,” kata Mamak kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi